| Bab Faraid |
| Bab berwasiat |
| عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ |
| رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ |
| مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَهُ شَئٌ يُرِيْدُ يَوصِى فِيْهِ |
| يَبِيْتُ لَيْلَتَيْنِ اِلاّ وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ |
| Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya : |
| "Rasulullah s.a.w. bersabda : |
| "Kewajiban seorang muslim yang mempunyai sesuatu (harta) |
| yang hendak diwasiatkannya, dua malam kemudian |
| hendaklah wasiat itu telah ada ditangannya." |
| Hadis sahih riwayat Muslim |
| عَنْ جَابِرِ ابْنِ عَبْدِاللهِ قَالَ قَالَ |
| رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ |
| أَيُّمَا رَجُلٍ أُعْمِرَ عُمْرَى لَهُ وَلِعَقِبِهِ |
| فإِنَّهَا لِلَّذِى اُعْطِيَهَا لا تَرْجِعُ إِلَى الَّذِى اَعْطَاهَا |
| لأنَّهُ اَعْطَى عَطَاءَ وَقَعَتْ فِيهِ الْمَوَارِيْثُ |
| Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya : |
| Rasulullah s.a.w. bersabda : |
| "Sesiapa yang diberikan sesuatu kepadanya suatu pemberian, |
| maka pemberian itu manjadi miliknya dan untuk warisnya, |
| kerana barang itu telah menjadi milik orang yang menerimanya |
| dan ia tidak akan kembali kepada orang yang memberikannya |
| Orang yang memberikan telah memberikan barang itu kepada |
| yang menerima dan kepada warisnya." |
| Hadis sahih riwayat Muslim |
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah Rasul nya.