1. Cara Melaksanakan Agama
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: ‘Sesungguhnya agama adalah mudah. Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan ia dikalahkan. Perbetulkanlah, dekatkanlah dan bergembiralah. Bantulah diri kamu sendiri dengan beramal pada waktu selepas subuh, selepas gelincir matahari dan sebahagian malam"
( Riwayat al-Bukhari )
Keterangan:- ‘berlebih-lebihan’, orang yang memberat-beratkan diri pada amalan agama dan bersikap keras, ia akn lemah dan menghentikan amalan
- ‘Perbetulkanlah’, melakukan dgn cara yang btul tanpa memberat-beratkan dan mencuaikan. Ahli bahasa mengatakan ertinya ialah bersederhana dalam amalan
-‘Dekatkanlah’, sekiranya tidak terdaya beramal dgn cara yg pling sempurna maka lakukan sekadar menghampirinya.
-’Bergembiralah’, bergembira dgn ganjaran daripada amalan yang berterusan walaupun sedikit sahaja yang dilakukan. Ini beerti , tidak berkurangan ganjaran amalan orang yangtidak berupaya beramal dgn cara yang paling sempurna, sekiranya ia tidak disengajakan.
-Bantulah diri’, memudahkan diri mengamalkan ibadat secara berterusan dgn melakukanya di waktu yg sesuai
( Fath al-Bari )
2. Jangan Membebankan Diri
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Permudahkanlah, janganlah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauh kan diri dari kamu"
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
Keterangan:- Disebut lafaz-lafaz ini yang berlawanan dengan nya krn kadang-kadang seseorang itu mempermudahkan hanya pada sesuatu ketika, manakala pada waktu-waktu lain ia sering melakukan perkara yang menyusahkan orang lain. apabila disebut‘janganlah menyusahkan’ maka bertegahlah segala jenis perbuatan yang menyusahkan. Demikianlah juga halnya pada lafaz‘tenangkanlah’ dan lafaz yang berlawanan dengannya
-Hadis ini menggesa agar berlemah lembut dan bersefahaman. Ini kerana kebanyakkan kemaslahatan terhasil dgn cara persetujuan dan persefahaman. Apabila wujud perselesihan maka hilanglah kemaslahatan.
( Syarah Sahih Muslim)
3- Allah s.w.t. Bersama Jemaah
Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Pertolongan Allah bersama jemaah."
( Riwayat al-Tirmizi )
Keterangan:- "Jemaah" majoriti umat Islam yang mengikut sunnah dibawah satu kepimpinan atau dalam satu urusan agama.
(Penyusun)
4- Bidaah Adalah Suatu Keburukan
Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mengadakan perkara baru yang tiada didalam agama Islam, maka ia adalah ditolak."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
Keterangan:- "tiada dalam agama Islam" tiada sandaran yang nyata (zahir) dan tidak nyata (khofi) dari Al-Quran dan sunnah.
(’Aun al-Ma’bud)
5- Mesti Mengamalkan Islam Walaupun Dalam Keadaan Terasing.
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah untuk orang yang terasing."
( Riwayat Muslim)
Keterangan:- Meraka mengecapi kebahagiaan kerana mendapat ganjaran atas kesabaran menghadapi kesusahan ketika berada dalam keadaan terasing.
(Tuhfah al-Ahwazi)
6- Melakukan Amalan Secara Berterusan
Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Allah s.w.t. tidak akan jemu memberikan ganjaran sesuatu amalan selagi mana seseorang itu tidak jemu beramal.
- Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.
( ‘Aun al-Ma’bud dan Syarah Sahih Muslim)
7- Tiada Guna Melengah-Lengahkan Amalan
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang melambat-lambatkan amalannya; keturunannya tidak akan bersegera untuknya."
( Riwayat Muslim)
Keterangan:- "bersegera untuknya" menampung kekurangan amalannya.
-Seseorang yang amalan buruknya menyebabkan penangguhan dan pengabaian amalan baik, maka keturunannya tidak akan dapat memberikan manfaat di akhirat.
(Syarah Sahih Muslim dan ‘Aun al-Ma’bud)
8- Merasai Kemanisan Iman
Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Dapat merasai kemanisan iman,orang yang meredhai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul."
( Riwayat Muslim )
Keterangan:- "meredhai" bersetuju dan memadai dengannya serta tidak mencari sutu yang lain. Maksudnya, ia tidak berkehendak selain kepada Allah s.w.t., tiada mempedulikan selain apa yang selari dengan syariat Muhammad s.a.w.
(Tuhfah al-Ahwazi)
9- Keredaan Hakiki
Daripada Abu Said al-Khadri r.a., Rasullullah s.a.w. berkata kepadanya: "Wahai Abu Said! Siapa akan meredai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi; maka wajiblah baginya syurga."
( Riwayat Muslim )
Keterangan:- Menurut Qadhi ‘Iyad: Hal yang demikian adalah kerana sesiapa yang meredai sesuatu perkara maka urusannya menjadi mudah. Begitu juga orang beriman tatkala iman menguasai hati maka mudahlah ia melakukan ketaatan dan merasai kelazatannya
(Syarah Sahih Muslim)
10- Tanda Kemanisan Iman
Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasullullah s.a.w: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan kedalam api."
( Riwayat Muslim)