Assalammualaikum,

Blog ini menyediakan himpunanan hadis Rasullulah SAW yang pelbagai untuk rujukkan umat islam.Sesiapa yang ingin mencari rujukkan hadis - hadis Rasullullah SAW , anda telah menemui blog yang berkenaan . Sesungguhnya seseorang muslim yang beriman itu tidak akan sesat selagi berpegang teguh kepada Al - Quran dan Sunnah ( Hadis ) Rasullullah SAW.Sesiapa yang bercanggah tentang sesuatu perkara dan hilang pedoman , kembalilah pada Al - Quran dan Hadis Rasullulah , nescaya engkau pasti selamat.Semakin dekat hari Kiamat itu , maka manusia akan semakin hilang pedoman , maka Al - Quran dan Hadis Rasullullah lah yang akan membantu.Semoga dengan terciptanya blog ini akan dapat memudahkan urusan kalian semua.Insyallah , blog ini akan sentiasa di Update dengan izin Allah SWT.



تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
عَنْ سَلْمَةَ قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ مَنْ يَقُلُ عَلَى مَا أَقُلُ فَلْيَتَبَوَّا مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Dari salmah katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan
maka menepati tempat duduknya di neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim

Al Fatihah kepada Arwah Adik Shafain bin Shaedi



Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Amalan Soleh )

Share

BAB AMALAN SOLEH
 
Bab setiap amal menurut niat
عَنْ عُمَرَ بْنِ الخَطَابِ قًالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
 إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
فَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ إِلى اللهِ وَرَسُولِهِ
فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ
وَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنَّيَا يُصِيْبُهَا أَوِمْرَأَةٍ
يَتَزَوَّجُهَا فَهَجْرَتُهُ إِلَى مَا هَا جَرَإِلَيْهِ
Dari Umar bin Khattab r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda : "Amal itu hanya dengan niat,
Setiap orang hanya memperoleh menurut apa yang diniatkan.
Sesiapa yang ada niat hijrahnya kerana Allah dan RasulNya,
maka hijrahnya memperoleh (pahala hijran) kerana Allah dan RasulNya
Dan barang siapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak
dicapainya atau wanita yang hendak dikahwininya, maka
hijrahnya (mendapat balasan) menurut tujuan hijrahnya".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab amal kebaikan yang sedikit
عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
تَلَقَّتِ المَلائِكَةُ رُوْحَ رَجُلٍ مِمَّنْ كانَ قَبْلَكُمْ
فَقَالُوا أَعَمِلْتَ مِنَ الْخَيْرِ شَيْئَا
قَالَ لا قَالُوا تَذَكَّرْ قَالَ كُنْتُ اُدَا يَنُ النَّاسَ
فَآمُرُ فِتْيَانِى أَنْ يُنْظِرُوا الْمُعْسِرَ وَيَتقجَوَّزُوا
عَنِ الْمُوسِرِ قَالَ قَالَ اللهُ عَزَّوَجَلَّ تَجَوَّزُوا عَنْهُ
Dari Huzaifah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda : "Beberapa orang Malaikat
Menyongson roh seorang lelaki di masa sebelum kamu.
Lalu Malaikat itu menanyakan : "Adakah engkau mengerjakan
barang sesuatu kebaikan?"  Dia menjawab : "Tidak ada!"
Malaikat bertanya : "Cobalah ingat-ingat!" Dia menjawab:
"Dahulu saya pernah meminjamkan wang kepada orang
banyak, lalu saya suruh bujang saya supaya mereka
memberi janji orang miskin dan memberikan kelapangan
kepada orang yang berwang." Allah Azawajalla berfirman :
"Berilah orang itu kelapangan !".
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab 'amal yang utama
عَنْ أَبِى ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولُ الله
أَىُّ الاعْمَالِ أَفْضَلُ
قَالَ الايْمَانُ بِاللهِ وَالْجِهَادُ فِى سَبِيْلِهِ
قَالَ قُلْتُ أَىُّ الرِّقَابِ أَفْضَلُ
قَالَ أَنْفُسَهَا عِنْدَ أَهْلِهَا وَأَكْثَرُهَا ثَمَنًا
قَالَ قُلْتُ فَاِنْ لَمْ أَفْعَلْ قَالَ تُعِيْنُ صَانِعًا أَوْ تُصْنَعُ لأخْرَقَ
 قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولُ اللهِ
أِرَأَيْتُ اِنْ ضَعُفْتُ عَنْ بَعْضِ الْعَمَلِ
قَالَ تَكُفُّ شَرَّكَ عَنِ النَّاسِ فَاِنَّهَا صَدَقَةٌ مِنْكَ عَلَى نَفْسِكَ
Dari Abu Zar katanya : "Kataku kepada Rasulullah s.a.w.
"Pekerjaan mana yang paling utama?
Jawab Rasulullah s.a.w. : "Beriman kepada Allah dan berjihad di jalan Allah
Tanyaku lagi : "Membebaskan sahaya mana yang paling utama?"
Jawab beliau : "Yang paling dikasihi oleh tuannya, dan yang termahal harganya"
Tanyaku pula : "Jika saya tidak berbuat itu?" Jawab beliau :
"Membimbing pembuat sesuatu sedang orang itu tidak berkeahlian."
Kata Abu Zar : "Ya Rasulullah s.a.w. terangkanlah kepada saya,
bagaimana saya tidak kuasa melakukan sesuatu pekerjaan?
Jawab beliau : "Jangan membuat bencana terhadap orang lain
kerana hal itu sebagai sedekah kepada dirimu senidiri.".
Hadis sahih riwayat Muslim
 

Bab memimpin manusia ke arah kebaikan
عَنْ أَبِى مَسْعُودِ الانْصَارِىِّ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
Dari Abu Mas'ud Al Ansari r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan,
dia memperolehi pahala sebanyak pahala orang yang membuatnya."
Hadis sahih riwayat Muslim

 
Bab biar sedikit amal tetapi berterusan
 عَنْ عَائِشَةَ
 النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا آمُرَأَةٌ قَالَ مَنْ هَذِهِ
قَالَتْ فَلانَةٌ تَذْكُرُ مِنْ صَلاتِهَا قَالَ مَهُ عَلَيْكُمْ
بِمَا تُطِيْقُونَ فَوَاللهِ لا يَمُلُّ اللهُ حَتَّى تَمُلُّوا
 وَكَـانَ أَحَبُّ الدِّيْنِ اِلَيْهِ مَادَا وَمَ عَلَيهِ صَاحِبُهُ
Dari Aisahah r.aa katanya :
Bahawa Nabi s.a.w. memasuki rumahnya dan di dalamnya itu ada perempuan
Beliau lalu bertanya : "Siapakah wanitan itu?" Aisyah menjawab : "Sifulan atau sianu"
jadi tidak disebutkan namanya dengan jelas. Wanita itu menyebutkan perihal
ketekunannya dalam solatnya. Beliau bersabda : hentikan itu (janganlah terlampau
dalam memberatkan diri senidiri dalam beribadat itu). Kamu semua hendaklah
melakukan sesuai dengan kekuatan mu. Demi Allah, tidak bosan memberikan
pahala selama kamu juga tidak bosan beramal soleh. Hal yang paling disukai Allah
dalam beragama ialah kekal dalam beramal bagi pengamal itu".
Hadis sahih riwayat Bukhari