Berdoa berlindung dari fitnah |
عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِىٍّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم أَجْبَرَتْهُ أَنَّ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم كانَ يَدْعُو فِى الصَّلاةِاللهُمَّ إِنِّى أَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُو ذُبِكَ مِنْ فِتْنَهِ الْمَسِيْحِ الْدَّجَّالِ وَأَعُو ذُوبِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ اللهُمَّ إِنِّى أَعُوذُبِكَ مِنَ الْمَأْ ثَمِ وَالْمَغْرَمِقَالَتْ فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيْذُ مِنَ المَغْرَن يَرسُولُ الله فَقَالَ إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فأَجْلفَ |
Dari Aishah r.a., katanya : "Rasulullah s.a.w. berdoa dalam sembahyang ; "Oh Tuhan, aku berlindung kepada Mu dari azab kubur dan aku berlindung dari huru-hara dajjal. dan aku berlindung dari fitnah hidup dan kematian, Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari dosa dan hutang, Kata Aisyah : Berkata seseorang kepada beliau : "Alangkah banyak tuan meminta perlindungan dari hutang, ha Rasulullah s.a.w. : Jawab belia "Sesungguhnya apabila seorang berhutang , kerap kali ia berkata dusta dan mungkir janji. |
Hadis sahih riwayat Muslim |
Bab berdoa sebelum berjimak |
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صلعم |
لَوْ اَّنَّ اَحَدُهُم اِذَا اَرَدَ أَنْ يَّاتِى أَهْلَهُ قَالَ |
بِاسْمِ الله اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ |
مَا رَزَقْتَنَا فَاِنَّهُ اِنْ يُقَدَّرْ بَيْنَهُمَا |
وَلَدٌ فِى ذَالِكَ لَنْ يَضُرُّهُ شَيْطَانٌ ابدًا |
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya : |
Rasulullah s.a.w. telah bersabda : |
Kalau sekiranya seseorang hendak campur isterinya dan dia membaca |
Dengan nama Allah, Ya Allah ! jauhkan kiranya syaitan dari kami |
dan jauhkan dari (anak) yang engkau berikan kepada kami |
Kalau ditakdirkan kerana itu keduanya (suami isteri) beroleh anak |
nescaya syaitan tidak dapat membahayakan anak itu buat selama-lamanya |
Hadis sahih riwayat Muslim |
Bab waktu sebaik-baik berdoa |
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ |
أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ |
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ |
وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَلْثِرُوا الدُّعَاءَ |
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. : |
Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya ialah waktu sujud |
oleh kerana itu perbanyakkanlah doa ketika itu." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
Doa ketika sujud |
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ |
أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ |
كانَ يَقُولُ فِى سُجُودِهِ اللهُمَّ اَغْفِرْلِى ذَنْبِى كُلَّهُ |
دِقَّهُ وَجِلَّهُ وَأَوَّلَهُ وَاَخِرَهُ وَعَلاتِيَتَهَ وَسِرَّهُ |
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : |
"Adalah Rasulullah s.a.w. membaca ketika sujud : |
"Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, baik yang kecil maupun besar |
yang mula-mula dan yang penghabisan, yang terang-terangan dan yang tersembunyi." |
Hadis sahih riwayat Muslim |