Bab Sifat Keji |
Bab Syurga |
عَنْ أَبِى سَعِيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَّا أَهْلُ النَّارِ الَّذِيْنَ هُمْ أَهْلُهَا فَأِنَّهُمْ لا يَمُوتُونَ فِيْهَا وَلا يَحْيُوْنَ وَلَكِنْ نَاسٌ أَصَا بَتْهُمُ النَّارُ بِذُنُوبِهِمْ أَوْ قَالَ بِخَطَايَاهُمْ فَأَمَا تَهُمْ اِمَاتَةً حَتَّ اِذَاكَانُوا فَحَمَا أُذِنَ بِالشَّفَاعَةِ فَجِئَ بِهِمْ صَبَائِر فَبُشُّوا عَلَى أَنْهَارِ الْجَنَّةِ ثُمَّ قِيْلَ يَاأَهْلَ الْجَنَّةِ أَفِيْضُوا عَلَيْهِمْ فَيَنْبُتُونَ نَبَاتَ الْحَبَّةِ تَكُونُ فِي حَمِيلِ السَّيْلِ |
Dari Abu Said, katanya " :Bersabda Rasulullah s.a.w. : " Bahawa penghuni neraka yang abadi, selamanya tidak akan mati dan sentiasa hidup menderita. Tetapi ada pula kaum yang dibakar sekadar dosanya, kemudian di matikan, setelah menjadi arang, datanglah pembelaan. Golongan itu di bawa sekelompok-sekelompok lalu diseahkan kepada sungai syurga, kemudian penghuni syurga diperintahkan supaya menyelamkan dan meratakan air atas tubuh kaum itu. Akhirnya tumbuhlah arang-arang itu seperti tumbuhnya jenis-jenis biji yang terdampar dibawa oleh air bah." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
Bab penghasut terhalang ke syurga |
عَنْ حُذَيْفَةَ أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَجُلا يُنِمُّ الْحَدِيْثَ |
فَقَالَ حُذَيْفَةُ سَمِعْت رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم |
لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ |
Dari Hizaifah r.a. katanya : |
"Ia mendengar khabar, bahawa ada seorang membuat fitnah (provokasi) dengan perkataan |
maka berkatalah ia : "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : |
"Tukang (provokasi-hasut) tidak akan masuk syurga." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
Bab menjauhi sifat sombong |
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِىِّ |
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم |
قَالَ لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ |
قَالَ رَجُلٌ اِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً |
قَالَ اِنَّ اللهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْلِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ |
Dari Abdulla bin Mas'ud katanya : |
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : |
"Tidak akan masuk syurga barang siapa yang ada di dalam hatinya sebesar zarah dari sifat takbur." |
Berkata seorang lelaki : "Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus." |
Bersabda lagi Rasulullah s.a.w. : |
"Sesungguhnya Allah itu indah (cantik) dan menyukai keindahan (yang cantik)" |
"Takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
عَنْ جَابِرٍ قَالَ أَتَى النَّبِى |
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم |
رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولُ اللهِ مَا الْمُوجِبَتَانِ |
فَقَالَ مَنْ مَاتَ لا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئَا دَخَلَ الْجَنَّةَ |
وَمَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئَا دَخَلَ النَّارَ |
Dari Jabir r.a. katanya : |
"Seseorang datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata : |
"Ya Rasulullah , apakah dua perkara yang positif |
Jawab baginda (s.a.w.) : |
"Barang siapa yang mati tidak menyekutukan Allah pasti masuk syurga |
dan barang siapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah pasti masuk neraka." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
عَنِ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ |
أَنَّ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم |
قَالَ مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاحَ فَلَيْسَ مِنَّا وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا |
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : |
Rasulullah s.a.w. bersabda : |
"Barang siapa yang menyatakan perang permusuhan terhadap bukan ia dari golongan kita |
dan barang siapa mengicuh kita , maka bukanlah ia dari golongan kita." |
Hadis sahih riwayat Muslim |