Assalammualaikum,

Blog ini menyediakan himpunanan hadis Rasullulah SAW yang pelbagai untuk rujukkan umat islam.Sesiapa yang ingin mencari rujukkan hadis - hadis Rasullullah SAW , anda telah menemui blog yang berkenaan . Sesungguhnya seseorang muslim yang beriman itu tidak akan sesat selagi berpegang teguh kepada Al - Quran dan Sunnah ( Hadis ) Rasullullah SAW.Sesiapa yang bercanggah tentang sesuatu perkara dan hilang pedoman , kembalilah pada Al - Quran dan Hadis Rasullulah , nescaya engkau pasti selamat.Semakin dekat hari Kiamat itu , maka manusia akan semakin hilang pedoman , maka Al - Quran dan Hadis Rasullullah lah yang akan membantu.Semoga dengan terciptanya blog ini akan dapat memudahkan urusan kalian semua.Insyallah , blog ini akan sentiasa di Update dengan izin Allah SWT.



تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
عَنْ سَلْمَةَ قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ مَنْ يَقُلُ عَلَى مَا أَقُلُ فَلْيَتَبَوَّا مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Dari salmah katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan
maka menepati tempat duduknya di neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim

Al Fatihah kepada Arwah Adik Shafain bin Shaedi



Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Ilmu Dan Ulama )

Share

1.Niat: Permulaan Segala Amalan
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar Bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niatnya, sesaipa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
Keterangan: - Amalan hanya diambil kira jika disertai dengan niat. Apa yang diksudkan dengan amalan ialah segala perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh mukallaf samada fardhu atau sunat, sedikit atau banyak


2.Balasan Mengkhianati Ilmu
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang sengaja membuat pendustaan keatas ku maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
Keterangan:-- Pendustaan ialah memberitahu sesuatu yang bercanggah dengan hakikat yang sebenar
- Walaupun orng yang tidak sengaja membuat pendustaan tidak berdosa, tetapi berkemungkinan ia berdosa dengan memperbanyakkan kesilapan adalah suatu kesalahan
                                                          ( Fath al-Bari)


3.Kewajipan Menyampaikan Ilmu
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ‘ayat’ dan ceritakanlah mengenai Bani Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa.
( Riwayat al-Bukhari )
Keterangan:- ‘ayat’ bermaksud memberi nasihat atau pedoman yang membezakan perkara baik dan buruk
-Nabi s.a.w. telah menegah daripada menceritakan tentang bani Israil ketika hukum hakam Islam dan tapak agama belum kukuh, kerana dikhuatiri fitnah. Apabila tiada lagi perkara yg perlu dikhuatirkan maka diizinkanagar boleh diambil iktibar.
                                                           ( Fath al-Bari)
4.Faedah Menyampaikan Ilmu
Daripada Zaid bin Thabit r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya.
( Riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi )
Keterangan:- ‘menyerikan’  mengelokkan akhlak dan meninggikan darjat
- Hadis ini menunjukkan wajibnya menuntut ilmu (tafaqqah) bersungguh-sungguh mengkaji makna hadis dan merumuskan perkara yang tersingkap di sebalik suatu hadis
                                                         ( ‘Aun al-Ma’bud)


5- Tiada Pengecualian Menuntut Ilmu
Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasullullah s.a.w.: "Menuntu ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."
( Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya’la )


6- Ilmu Asas Kebaikan
Daripada Mu’awiyah bin Abu Sufyan r.a., nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
Keterangan:- Tiada kebaikan babagi orang yang tidak memahami dan mempelajari kaedah-kaedah dan perkara cabang di dalam agama Islam


                                                            
7- Keutamaan Menuntut Ilmu
Daripada Sa’ad bin Abu Waqqas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat. Kebaikan dalam agama kamu ialah warak."
( Riwayat al-Hakim )
Keterangan:- "kelebihan ilmu" ialah menambah ilmu lebih disukai dan lebih utama daripada menambah ibadat.
- Warak ialah meninggalkan perkara syubhah (terdapat kesamaran) atau sesuatu yang diragukan; ataupun meninggalkan sesuatu kerana khuatir terjebak kepada suatu kejahatan yang lain. Manakala takwa ialah meninggalkan perkara haram
                                                             (Penyusun)


8- Warisan Yang Menguntungkan
Daripada Abu Darda’ r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna."
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)
Keterangan:- ‘dinar dan dirham’; perkara dunia
- para nabi tidak mengambil perkara dunia melainkan sekadar keperluan sahaja
-’siapa yang mengambilnya’ boleh juga difahami dengan erti perintah Nabi s.a.w. iaitu siapa yang mengambilnya hendaklah ia mengambil dengan banyak dan janganlah merasa cukup dengan yang sedikit.


                                                     (Tuhfah al-Ahwazi)
9- Ketinggian Darjat Orang Yang Berilmu
Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Kelebihan seorang berilmu dengan seorang abid adalah seperti kelebihanku dengan orang paling rendah darjatnya dikalangan kamu."
( Riwayat al-Tirmizi )


10- Ganjaran Menyampaikan Ilmu
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat  dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut didalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan didarat dan laut) mendoakan kebaikan keatas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia."
( Riwayat al-Tirmizi)
11- Berhati-hati Menyampaikan Ilmu
Daripada Jarir bin Abdullah al-Bajali.r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam Islam, ia mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun. Dan siapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam Islam, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun."
( Riwayat Muslim )


12- Menunjuk Contoh Teladan Yang Baik
Daripada Abu Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya."
( Riwayat Muslim )


13- Keikhlasan Dalam Beragama
Daripada Tamim al-Dari r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Agama adalah ‘nasihat’." Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawap: "Terhadap Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya."
( Riwayat Muslim )
Keterangan:- "Nasihat terhadap Allah" beriman kpd Allah, sifat-sifat-Nya dan menyucikan-Nya daripada sebarang kekurangan. Melakukan ketaatan dan menjauhkan maksiat.
"nasihat terhadap kitab-Nya" mengimani bahawa ia adalah kalam Allah yang diturunkan, menghormati kedudukannya yang tinggi, membacanya dengan betul dan tidak melanggar batasannya.
-"nasihat terhadap Rasullullah" mempercayai risalahnya, beriman kepada segala apa yang dibawanya, mentaati, membela, menghidupkan sunnah, memerangi musuhnya dan menolong orang yang menyokongnya.
"nasihat terhadap pemimpin" membantu dan mentaati pemerintah atas dasar kebenaran, mengingatkan mereka  dengan baik terhadap perkara yang diabaikan, tidak memberontak dan menjinakkan hati manusia agar mentaati mereka.
                                                   (Syarah Sahih Muslim)



14- Ancaman Menyembunyikan Ilmu
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa ditanya tentang ilmu yang ia ketahui; kemudian ia menyembunyikannya, ia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat."
( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )
Keterangan:- "dikekang dengan kekangan api neraka" mulut orng itu dikekang sebagai balasan setimpal atas perbuatannya. Ini kerana, ia telah mengekang mulutnya sendiri dengan berdiam, sedangkan ia perlu memperkatakan sesuatu pada ketika itu.
                                                       ( Al-Munawi)


15- Bahana Kehilangan Ulama dan Ketandusan Ilmu
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain."
( Riwayat al-Bukhari )


16- Pemimpin yang Sesat
Daripada Thauban khadam Rasullullah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya perkara yang aku taati keatas  umatku ialah para pemimpin yang sesat."
( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )
Keterangan:- Pemimpin yang sesat ialah pemimpin yang menyeru kearah melakukan bidaah, kefasikan dan maksiat.
                                                   (Tuhfah al-Ahwazi)