Assalammualaikum,

Blog ini menyediakan himpunanan hadis Rasullulah SAW yang pelbagai untuk rujukkan umat islam.Sesiapa yang ingin mencari rujukkan hadis - hadis Rasullullah SAW , anda telah menemui blog yang berkenaan . Sesungguhnya seseorang muslim yang beriman itu tidak akan sesat selagi berpegang teguh kepada Al - Quran dan Sunnah ( Hadis ) Rasullullah SAW.Sesiapa yang bercanggah tentang sesuatu perkara dan hilang pedoman , kembalilah pada Al - Quran dan Hadis Rasullulah , nescaya engkau pasti selamat.Semakin dekat hari Kiamat itu , maka manusia akan semakin hilang pedoman , maka Al - Quran dan Hadis Rasullullah lah yang akan membantu.Semoga dengan terciptanya blog ini akan dapat memudahkan urusan kalian semua.Insyallah , blog ini akan sentiasa di Update dengan izin Allah SWT.



تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
عَنْ سَلْمَةَ قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ مَنْ يَقُلُ عَلَى مَا أَقُلُ فَلْيَتَبَوَّا مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Dari salmah katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan
maka menepati tempat duduknya di neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim

Al Fatihah kepada Arwah Adik Shafain bin Shaedi



Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Nikah )

Share

BAB PERKAHWINAN

Bab jangan berebut membeli dan meminang
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لا يَبِعِ الرَّجُلُ عَلَى بَيْعِ أَخِيْهِ وَلا يَخْطُبُ
عَلَى خِطْبَةِ أُخِيْهِ اِلا اَنْ يَأْ ذَنَ لَهُ
Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda : "Janganlah seorang membeli barang
yang dibeli oleh saudaranya dan janganlah meminang perempuan
yang dalam pinangan saudaranya, kecuali kalau telah diizinkan
(oleh peminang yang pertama)
Hadis sahih riwayat Muslim


Meminta keizinan wanita
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لا تُنْكَحُ الايِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ وَلا تُنْكَحُ
البِكْرُ حَتَّى تستأْذَنَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ
وَلَيْفَ إِذْ نُهَا قَالَ أنْ تسكُتَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tiada boleh dikahwinkan perempuan janda,
sebelum meminta pendapatnya,
Dan tiada boleh dikahwinkan gadis perawan
sebelum diminta keizinannya" Mereka berkata :
"Ya Rasulullah , bagaimana keizinan perawan itu?
Nabi menjawab "Dia diam saja".
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab lihat dahulu sebelum meminang
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ كنت عِنْدالْنَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
فأته رَجُلٌ فأَجبَرَهُ أَنَّه تَزَوَّج امْرَأةً مِنَ الانْصَارَ
فَقَالَ لَهُ رَسُول الله صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّم
اَنَظَرْتَ إِلَيْهَا قَالَ لا قَالَ فَاذْهَبْ فانْظُرْ إِلَيْهَا
فَإِنَّ فِى أعْيُنِ الانْصَارِ شَيْئًا
Dari Abu Hurarah r.a.  katanya ;
"Ketika saya berada dekat Nabi s.a.w. datang seorang lelaki
menceritakan kepada beliau bahawa dia hendak mengahwini
(meminang) seorang perempuan dari kaum Ansar,
Rasulullah s.a.w. menanyakan kepadanya ; "Sudahkah
dia engkau lihat?" Dia menjawab belum! . Beliau berkata;
"Pergilah melihatnya kerana di mata orang Ansar ada sedikit
(mungkin cacat)
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab menjemput sikaya dan simiskin
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَال َقَالََ
 رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بِئْسَ الطَّعَامُ طَعَامُ الْوَلِيْمَتِ يُدْعَى إِلَيْهِ
الاغْنِيَاءُ وَيُتْرَلُ الْمَسَاكِيْنَ فَمَنْ لَمْ يَأْتِ
الدَّعْوَةَ فَقَدْ عَصَى اللهَ وَرَسُولَهُ
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Makan yang amat buruk ialah makanan dalam suatu walimah yang hanya
diundang orang-orang yang kaya dan ditinggalkan orang yang miskin
Sesiapa yang tidak menghadiri maka sesungguhnya
dia mendurhakai Allah dan RasulNya."
Hadis sahih riwayat Muslim