| Bab memberi nama yang baik |
| عَنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم إِنَّ أَحْبَ أَسْمَا ئِكُم إِلَى اللهِ عَبْدُ الله وَعَبْدُالرَّحْمنِ |
| Dari Ibnu Umar r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya nama yang lebih disukai Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman |
| Hadis sahih riwayat Muslim |
| Bab dosa-dosa besar |
| عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ |
| فِى الْكَبَائِرِ قَالَ الْشِّرْكُ بِاللهِ وَعُقُوْقُ الوَالِدَيْنِ |
| وَقَتْلُ النَّفْسِ وَقَولُ الزُّوْرِ |
| Dari Anas r.a. katanya : |
| "Bersabda Rasulullah s.a.w. tentang dosa-dosa yang besar katanya : |
| "Menyekutukan Allah, durhaka kepada ibu bapa |
| membunuh orang dan berkata dusta". |
| Hadis sahih riwayat Muslim |
| Bab berbuat baik dengan ibu berlainan agama |
| عَنْ اَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِى بَكْرٍ قَالَتْ قَدِمَتْ عَلَيَّ أُمِّى وَهِىَ مُشْرِكَةٌ |
| فِى عَهْدِ قُرَيْشٍ اِذْ عَا هَدَ هُمْ فَاسْتَفْتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صلعم |
| يَا رَسُولَ اللهِ قَدِمَتْ عَلَيَّ أُمِّى وَهِيَ رَاغِبَةٌ أَفَأَصِلُ أُمِّى |
| قَالَ نَعَمْ صِلِى أُمَّكِ |
| Dari Asma binti Abu Bakar r.a. katannya : |
| "Ibu saya datang kepada saya dan dia seorang musyrik diwaktu kaum Qureisy |
| mengadakan perjanjian damai dengan Nabi. Lalu saya meminta keputusan kepada Rasulullah s.a.w. |
| dan mengatakan : "Ya Rasulullah s.a.w. ! Ibu saya datang, dia ingin hendak bertemu dengan saya. |
| Bolehkah saya mengadakan hubungan dengan ibu saya? |
| Nabi s.a.w. menjawab: "Ya Boleh! Hubungilah ibumu." |
| Hadis sahih riwayat Muslim |
| Bab bersedekah untuk ibu yang meninggal |
| عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَجُلا أَتَى النَّبِى صلعم فَقَالَ يَارَسُولَ اللهِ |
| اِنَّ أُمِّى افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَلَمْ تُوصِ وَاَظُنُّهَا لَوْ تَلَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ |
| اَفَلَهَا أَجْرٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ |
| Dari Aisyah r.a. (menceritakan) |
| "Bahawa ada seorang lelaki menemui Nabi .s.a.w. dan menanyakan : "Ya Rasulullah! |
| Sesungguhnya ibu saya meninggal dengan tiba-tiba dan dia tiada berwasiat. |
| Saya menduga kalau dia bisa berbicara tentu dia akan bersedekah. |
| Apakah dia akan memperoleh pahala, kalau saya menggantikannya?" |
| Nabi menjawab : "Ya (memperolehi pahala)". |
| Hadis sahih riwayat Muslim |


