Assalammualaikum,

Blog ini menyediakan himpunanan hadis Rasullulah SAW yang pelbagai untuk rujukkan umat islam.Sesiapa yang ingin mencari rujukkan hadis - hadis Rasullullah SAW , anda telah menemui blog yang berkenaan . Sesungguhnya seseorang muslim yang beriman itu tidak akan sesat selagi berpegang teguh kepada Al - Quran dan Sunnah ( Hadis ) Rasullullah SAW.Sesiapa yang bercanggah tentang sesuatu perkara dan hilang pedoman , kembalilah pada Al - Quran dan Hadis Rasullulah , nescaya engkau pasti selamat.Semakin dekat hari Kiamat itu , maka manusia akan semakin hilang pedoman , maka Al - Quran dan Hadis Rasullullah lah yang akan membantu.Semoga dengan terciptanya blog ini akan dapat memudahkan urusan kalian semua.Insyallah , blog ini akan sentiasa di Update dengan izin Allah SWT.



تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
عَنْ سَلْمَةَ قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ مَنْ يَقُلُ عَلَى مَا أَقُلُ فَلْيَتَبَوَّا مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Dari salmah katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan
maka menepati tempat duduknya di neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim

Al Fatihah kepada Arwah Adik Shafain bin Shaedi



Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Jihad )

Share


BAB BERJIHAD
Bab Amal yang mendekati syurga
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ
قُلْتُ يَا نَبِىَّ اللهِ أَىُّ الاعْمَالِ أَقْرَبُ اِلَى الْجَنَّةِ
قَالَ الصَّلاةُ عَلَى مَوَا قِيتِهَا قُلْتُ وَمَاذَا يَا نَبِى اللهِ
قَالَ بِرُّ الْوَالِدَيْنَ قُلْتُ وَمَاذَ يَا نَبِى اللهِ
قَالَ الجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللهِ
Dari Abdullah bin Mas'ud katanya :
"Kataku kepada Rasulullah s.a.w. " "Pekerjaan mana yang terdekat dengan syurga?"
Jawab beliau : "Sembahyang pada waktu-waktunya. " Dan apa lagi?
jawab beliau "Berbakti kepada ibu bapa" Dan apa lagi?
"Jawab beliau : "Berjihad pada jalan Allah."
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab keutamaan Jihad dan Menunaikan haji
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَىُّ الا عْمَلِ أَفْضَلُ قَالَ إِيْمَانٌ بِاللهِ
قَالَ الجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللهِ قَالَ ثُمَّ ماَذَا
قَالَ حَجٌّ مَبْرُورٌ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. ditanya tentang amal yang paling utama, jawab beliau :
"Beriman kepada Allah." Kemudian apa? tanyanya pula ,
jawab beliau "Berjihad pada jalan Allah." Kemudian apa? tanyanya pula :
Beliau mengerjakan haji yang mabrur."
Hadis sahih riwayat Muslim




Bab Pahala Berjihad di Jalan Allah
عَنْ أَبِى مَسْعُودِ الانْصَارِىِّ  قَالَ
جَاءَ رَجُلٌ بِنَاقَةٍ مَخْطُومَةٍ
فَقَالَ هَذِهِ فِى سَبِيلِ اللهِ
فَقَال رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لَكَ بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَبْعُمَائَةِ نَاقَةٍ كُلَّهَا مَخْطُومَةٌ
Dari Abu Mas'ud Al Ansari r.a. katanya :
"Datang seorang lelaki (kepada Nabi s.a.w.) membawa seekor unta
betina yang dicap, katanya : "Ini untuk fi sabilillah!
Rasulullah s.a.w. menjawab :
Kerananya nanti engkau akan memperolehi tujuh ratus unta semuanya diberi cap."
Hadis sahih riwayat Muslim