Assalammualaikum,

Blog ini menyediakan himpunanan hadis Rasullulah SAW yang pelbagai untuk rujukkan umat islam.Sesiapa yang ingin mencari rujukkan hadis - hadis Rasullullah SAW , anda telah menemui blog yang berkenaan . Sesungguhnya seseorang muslim yang beriman itu tidak akan sesat selagi berpegang teguh kepada Al - Quran dan Sunnah ( Hadis ) Rasullullah SAW.Sesiapa yang bercanggah tentang sesuatu perkara dan hilang pedoman , kembalilah pada Al - Quran dan Hadis Rasullulah , nescaya engkau pasti selamat.Semakin dekat hari Kiamat itu , maka manusia akan semakin hilang pedoman , maka Al - Quran dan Hadis Rasullullah lah yang akan membantu.Semoga dengan terciptanya blog ini akan dapat memudahkan urusan kalian semua.Insyallah , blog ini akan sentiasa di Update dengan izin Allah SWT.



تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
عَنْ سَلْمَةَ قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ مَنْ يَقُلُ عَلَى مَا أَقُلُ فَلْيَتَبَوَّا مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Dari salmah katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan
maka menepati tempat duduknya di neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim

Al Fatihah kepada Arwah Adik Shafain bin Shaedi



Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Wanita )

Share
Peringatan kepada kaum wanita


عَنْ عَبْدِالله بْنِ عَمْر عنَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم 
أَنَّهُ قَالَ يَامَعْشِرَ النِّسَاءِ تَصَدَّ قْنَ وَأَكْثِرْنَ الا سْتِغْفَارَفَأِنِّى
رَأَ يْتُكُنَّ اَكْثَرَ اَهْلِ النَّارِ فَقَالَتِ امْرأَةٌ مِنهُنَّ جَزْلَهٌ
وَمَاَلنَا يَرَسُولُ الله أَكْثَرَ اَهْلَ النَّارِ
قَالَ تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ العَشِيْرَ
وَمَا رَايْتُ مِنْ مَا قِصَاتِ عَقْلٍ وَدِيْنٍ أَغْلَب لِذِى لُبٍّ مِنْكُنَّ 
قَالَتْ يَارَسُولَ الله وَمَانُقْصَانُ الْعَقْلِ وَالدِّيْنِ 
قَالَ أَمَا نُقْصَانُ العَقْلِ فشهادة امراتين تعدل شهادة 
رَجُلٍ فَهَذَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَتَمْكُثُ اللَّيالِى مَا تُصَلِّى
وَتُفْطِرُ فِى رَنَضَانَ فَهذَا نُقْصَانُ الدِّيْنِ


ْ


Dari Abdullah bin 'Umar r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Hai kaum wanita, berdermalah kamu dan perbanyakkanlah meminta ampun, 
kerana saya lihat jenismu yang terbanyak dari isi neraka.
Maka bertanya seorang wanita yang cerdik, katanya : "Ya Rasulullah, 
apakah sebab kebanyakkan kami ahli neraka?" Jawab Rasulullah s.a.w. :
"Kaum wanita suka mencerca dan mudah melupakan jasa suami, 
dan saya tidak melihat di antara orang-orang yang kurang pendandan dan agama
yang merusakkan jiwa seorang lelaki cerdik dan cermat , lebih dari kaum wanita"
Katanya pula: "Apakah yang dimaksudkan kurang pandangan dan kurang agama?"
Jawab Rasulullah s.a.w. : "Adapun yang dimaksudkan kurang pandangan ialah 
kesaksian dua orang wanita sama dengan seorang lelaki, 
dan wanita tidak sembahyang beberapa malam dan tidak berpuasa dibulan
Ramadhan , inilah maksud kurang agama".


Hadis sahih riwayat Muslim





Bab wanita yang solehah
عَنْ عَبْدِالله بْنِ عَنْرٍ وَقَالَ
 قَلَ رَسُولُ الله صلعم
الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرأَةُ الصَّالِحَةُ
Dari Abdullah b Amru katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
Dunia ini barang yang berguna (menyenangkan) dan barang berguna yang paling baik
ialah wanita yang solehah
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab berkabung kematian suami
عَنْ أُمِّ حَبِيْبَةَ قَالَتْ
 قَلَ رَسُولُ الله صلعم
لايَحِلُّ لا مْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلا خِر
تُحِدُّ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلاثَ
الا عَلَى زَوْجٍ اَرْبَعَةَ اَشْهُرٍ وَعَشْرًا
Dari Ummu Habibah katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Tidak dibolehkan wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat
kerana orang yang meninggal dunia, lebih daripada tiga hari,
kecuali kalau suaminya boleh berkabung selama empat bulan sepuluh hari.
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab tiada larangan wanita berjamaah ke masjid
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ سَمِعْتُ
رَسًولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ لاَ تَمْنَعُوا نِسَاءَ كُمُ الْمَسَاجِدَ
اِذَا اسْتَأْذَنَّكُم اِلَيْهَا
Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya : "Saya dengan akan
sabda Rasulullah s.a.w. katanya : "Janganlah kamu larang wanita
berjamaah ke masjid jika mereka minta izin lebih dahulu kepadamu".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab larangan memakai wangian ke masjid
عَنْ زَيْنَبَ آمْرَأَةِ عَبْدِاللهِ قَالَتْ قَالَ
لَنَا رَسًولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
اِذَا شَهِدَتْ إِحْدَاكُنَّ الْمَسْجِدَ فَلاَ تَمَسَّ طِيبًا
Dari Zainab isteri Abdullah katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Kalau wanita hendak ke masjid , maka janganlah memakai
harum-haruman".
Hadis sahih riwayat Muslim

Peringatan kepada kaum wanita


عَنْ عَبْدِالله بْنِ عَمْر عنَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم 
أَنَّهُ قَالَ يَامَعْشِرَ النِّسَاءِ تَصَدَّ قْنَ وَأَكْثِرْنَ الا سْتِغْفَارَفَأِنِّى
رَأَ يْتُكُنَّ اَكْثَرَ اَهْلِ النَّارِ فَقَالَتِ امْرأَةٌ مِنهُنَّ جَزْلَهٌ
وَمَاَلنَا يَرَسُولُ الله أَكْثَرَ اَهْلَ النَّارِ
قَالَ تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ العَشِيْرَ
وَمَا رَايْتُ مِنْ مَا قِصَاتِ عَقْلٍ وَدِيْنٍ أَغْلَب لِذِى لُبٍّ مِنْكُنَّ 
قَالَتْ يَارَسُولَ الله وَمَانُقْصَانُ الْعَقْلِ وَالدِّيْنِ 
قَالَ أَمَا نُقْصَانُ العَقْلِ فشهادة امراتين تعدل شهادة 
رَجُلٍ فَهَذَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَتَمْكُثُ اللَّيالِى مَا تُصَلِّى
وَتُفْطِرُ فِى رَنَضَانَ فَهذَا نُقْصَانُ الدِّيْنِ


Dari Abdullah bin 'Umar r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Hai kaum wanita, berdermalah kamu dan perbanyakkanlah meminta ampun, 
kerana saya lihat jenismu yang terbanyak dari isi neraka.
Maka bertanya seorang wanita yang cerdik, katanya : "Ya Rasulullah, 
apakah sebab kebanyakkan kami ahli neraka?" Jawab Rasulullah s.a.w. :
"Kaum wanita suka mencerca dan mudah melupakan jasa suami, 
dan saya tidak melihat di antara orang-orang yang kurang pendandan dan agama
yang merusakkan jiwa seorang lelaki cerdik dan cermat , lebih dari kaum wanita"
Katanya pula: "Apakah yang dimaksudkan kurang pandangan dan kurang agama?"
Jawab Rasulullah s.a.w. : "Adapun yang dimaksudkan kurang pandangan ialah 
kesaksian dua orang wanita sama dengan seorang lelaki, 
dan wanita tidak sembahyang beberapa malam dan tidak berpuasa dibulan
Ramadhan , inilah maksud kurang agama".


Hadis sahih riwayat Muslim




Bab wanita yang diceraikan keluar
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِاللهِ قَالَ طُلِقَتْ خَالَتِى فَأَرَادَتْ
أَنْ تَجُدَّ نَخْلَهَا فَزَجَرَهَا رَجُلٌ أَنْ تَخْرُجَ فَأَتَتِ
أَنَّ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَ بَلَى فَجُدِّى نَخْلَكِ فَإِنَّكِ عَسَى
أَنْ تَصَدَّقِى أَوْ تَفْعَلِى مَعْرُوفًا
Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya :
"Bibi saya diceraikan suaminya dan dia bermaksud hendak memetik kurmanya.
Lalu ada orang yang mencegahnya dan melarangnya keluar.
Dia datang menemui Nabi s.a.w. dan baginda mengatakan :
"Boleh keluar! Petiklah kurmamu, mudah-mudahan engkau bersedekah
atau mengerjakan perbuatan baik."
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab mendidik wanita dengan hikmah.  
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَال َقَالََ
 رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِنَّ الْمَرْأَةَ كا لضِّلَعِ اِذَا ذَهَبْتَ تَقِيمُهَا كَسَرْتَه
َاِنْ تَرَكْتَهَا اِسْتَمْتَعتَ بِهَا وَفِيْهَا عِوَجٌ
Dari Abu Hurairah r.a. Katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesungguhnya kaum wanita itu bagai tulang rusuk.
Kalau engkau berusaha untuk meluruskannya (dengan keras)
akibatnya engakau mematahkannya dan kalau engkau biarkan
dapat engkau pergunakan, sedangkan dia tetap bengkok."
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab tidak boleh kahwin saudara sesusuan
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِى صلعم
تَقُولُ قِيْلَ لِرَسُولُ اللهِ صلعم
أَيْنَ أَنْتَ يَا رَسُولُ اللهِ عَنِ ابْنَةِ حَمْزَةَ
أَوْ قِيْلَ أَلا تَخْطُبُ بِنْتَ حَمْزَةَ بْنِ عَبْدِالْمُطَّلِبِ
قَالَ اِنَّ حَمْزَةَ أَخِى مِنَ الرَّضَاعَةِ
Dari Ummu Salamah isteri Nabi s.a.w. :
"Ditanyakan orang kepada Rasulullah s.a.w. :
"Adakah engkau ingin ya Rasulullah mengahwini puteri Hamzah?
atau ditanyakan : "Mengapakah engkau tidak hendak meminang
puteri Hamzah bin Abdul Muttalib? Nabi s.a.w. menjawab :
"Sesungguhnya Hamzah saudara sesusu dengan aku"
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab isteri yang menjauhi suami
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَال َقَالََ
 رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِذَا بَاتَتِ الْمَرْأَةُ هَاجِرَةً فِرَشَ زَوْجَهَا
 لَعَنَتْهَا الْمَلائِكَةَ حَتَّى تُصْبِحَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila seorang isteri diwaktu malam menjauhi tempat tidur suaminya
dia dikutuki oleh Malaikat sampai pagi."
Hadis sahih riwayat Muslim



Bab larangan dedah rahsia rumah tangga
 عَنْ أَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِى قَال َقَالَ
 رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ
الرَّجُلُ يُفْضِى إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِى إِلَيْهِ يَنْشُرُ سِرَّهَا
Dari Abu Said Al Khudri r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya orang yang paling buruk keadaannya disisi Allah pada hari kiamat
ialah seorang lelaki yang bergaul rapat dengan isterinya,
dan isterinya bergaul rapat dengannya
dan kemudian lelaki itu menyiarkan rahsia isterinya."
Hadis sahih riwayat Muslim



Bab kutukan ke atas isteri yang enggan
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَال َقَالََ
 رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَلَمْ تَأْتِهِ
فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا الْمَلائِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila seorang suami memanggil isterinya supaya tidur bersama dengan dia
tetapi dia tidak mahu datang dan semalaman suami marah kepada isterinya,
Wanita itu dikutuki oleh Malaikat sampai ke pagi."
Hadis sahih riwayat Muslim



عَنْ أبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَيُّمَا آمْرَاَةٍ أَصَابَتْ بَخُوْرًا فَلا تَشْهَدْ
مَعَنَا الْعِشَاءَ الاخِرَةَ
Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Wanita mana saja yang memakai harum-haruma,
maka janganlah ia hadir bersama-sama kami menunaikan sembahyang Isya'
Hadis sahih riwayat Muslim


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab baginda s.a.w, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah daripada dosa-dosa seperti waktu ibunya melahirkannya.5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, setiap satu tegukan daripada susunya diberi kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.7. Sesiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Sesiapa membawa hadia (makanan daripada pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya, masuklah dia dari mana-mana pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.11. Wanita yang solehah(baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w,; Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Suaminya”. “Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.13. Apabila engkau dipanggil oleh ibu dan bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan menjaga sembahyangnya dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama-sama anaknya akan tinggal bersama-sama aku(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Sesiapa mempunyai tiga anak perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.19. Daripada Aisyah r.a,, “Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.