BAB KEPIMPINAN |
Bab pengaruh kaum Quraisy |
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ قَال قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم أَلنَّاسُ تَبَعٌ لِقُرَيْشٍ فِى الْخَيْرِ وَالشَّـرِّ |
Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Orang banyak itu pengikut kaum Quraisy, dalam hal yang baik dan buruk |
Hadis sahi Riwayat Muslim |
Bab Islam dan pentadbiran, kuasa dan politik |
عَنْ جَابِرِ بْنِ سمرةِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم لا يَزَالُ الإِسْلامُ عَزِيْزًا إِلَى اثْنَى عَشَرَ خَلِيْفَةً ثُمَّ قَالَ كلمة لَمْ أفَهَمْهَا فَقُلْتُ لأبِى مَا قَالَ فَقَالَ كُلُّهُم مِن قُرَيْشٍ |
Dari Jabir bin Samurah r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Islam itu berkuasa, sampai dua belas khalifah." Kata Jabir : "Kemudian itu Nabi mengucapkan perkataan yang saya tidak mengerti maksudnya. Lalu saya menanyakan kepada bapa saya. Apakah yang diucapkan oleh Nabi? Jawabnya : "Semuanya daripada kaum Quraisy." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
Bab kepimpinan dan kiamat |
عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِى وَقَّاصٍ قَالَ لَتَبْتُ إِلَى جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ مَعَ غُلانِى نَافِعٍ أَنْ أَخْبِرْنِى بِشَئٍ سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ فَلَتَبَ إِلَيَّ سَمِعْتُ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَومَ جُمُعَةٍ عَشِيَّةَ رُجِمَ الاسْلَمِيُّ يَقُولُ لايَزَالُ الدِّيْنُ قَائِمَا حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ اَوْيَكُونَ عَلَيْكُمُ اثْنَا عَشَرَ خَلِيْفَةً كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ عُصَيْبَةٌ مِنَ المُسْلِمِينَ يَفْتَتِحُوْنَ الْبَيْتَ الابْيَضَ بَيْتَ كِسْرَى أَوْ آلِ كِسْرَى وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ اِذَا أَعْطَى اللهُ أَحَدُكُمْ خَيْرًا فَلْيَبْدَا بِنَفْسِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ أَنَا الْفَرَطُ عَلَى الْحَوْضِ |
Dari Amir bin Saad bin Waqash r.a. katanya : "Saya menulis kepada Jabir bin Samurah bersama seorang pemuda bernama Nafi, isinya : "Hendaklah engkau beritakan kepadaku, sesuatu yang engkau dengar dari Rasulullah s.a.w. Lalu dibalas surat itu, dengan menyebutkan : "Saya mendengar Rasulullah s.aw. Lalu dibalasnya surat itu , dengan menyebutkan : "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda di hari Jumaat waktu petang, ketika seorang dari suku Aslam dirajam, kata beliau : "Sentiasa agama (Islam)berdiri tegak sampai kiamat terjadi, atau memerintahi kamu dua belas orang khalifah, semuanya daipada kaum Quraisy." Dan saya mendengar beliau bersabda : "Sekumpulan kaum muslimin akan menakluk Rumah Putih, Istana Kisra (Raja Parsi) atau keluarga Kisra". Dan saya mendengar beliau bersabda : "Sesungguhnya sebelum kiamat terjadi, ada beberapa pembohong besar, maka waspadalah terhadap mereka,". Saya mendengar beliau bersabda : "Apabila Allah mengurniakan kebaikan (kekayaan) kepada salah seorang daripada kamu, maka hendaklah dimulai mempergunakan untuk dirinya, dan keluarga rumahtangganya". Saya dengar beliau bersabda : "Akulah orang yang pertama datang ketelaga (unuk mempersiapkan minuman bagi orang-orang yang beriman di hari kiamat)." |
Hadis sahih riwayat Muslim |