Assalammualaikum,

Blog ini menyediakan himpunanan hadis Rasullulah SAW yang pelbagai untuk rujukkan umat islam.Sesiapa yang ingin mencari rujukkan hadis - hadis Rasullullah SAW , anda telah menemui blog yang berkenaan . Sesungguhnya seseorang muslim yang beriman itu tidak akan sesat selagi berpegang teguh kepada Al - Quran dan Sunnah ( Hadis ) Rasullullah SAW.Sesiapa yang bercanggah tentang sesuatu perkara dan hilang pedoman , kembalilah pada Al - Quran dan Hadis Rasullulah , nescaya engkau pasti selamat.Semakin dekat hari Kiamat itu , maka manusia akan semakin hilang pedoman , maka Al - Quran dan Hadis Rasullullah lah yang akan membantu.Semoga dengan terciptanya blog ini akan dapat memudahkan urusan kalian semua.Insyallah , blog ini akan sentiasa di Update dengan izin Allah SWT.



تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
عَنْ سَلْمَةَ قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ مَنْ يَقُلُ عَلَى مَا أَقُلُ فَلْيَتَبَوَّا مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Dari salmah katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan
maka menepati tempat duduknya di neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim

Al Fatihah kepada Arwah Adik Shafain bin Shaedi



Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Hati )

Share

BAB MENJAGA HATI

Untuk menjaga hati kita haruslah memahami kehidupan dan kematian
kelazatan hidup dan kenikmatan syurga,
kepayahan dan kesusahan kehidupan dunia dan azab selepas mati.


Bab perkara yang membantu simati
عَنْ أََنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صلعم
يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلا ثَتٌ فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى
وَاحِدٌ يَتْبَعُهُ أَهْلُه وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ فَيَرجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ

Dari Anas bin Malik r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda : Orang yang meninggal dunia diiringi ( ke kubur) oleh tiga (perkara)
kemudian yang dua kembali dan yang tinggal bersamanya satu,
diiringi keluarganya, hartanya dan amalannya,
lalu keluarganya dan hartanya pulang kembali dan yang tinggal bersamanya amalannya
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab hakikat harta dunia
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صلعم
يَقُولُ الْعَبدُ مَالِى مَالِى إِنَّمَالَهُ مِنْ مَالَهُ ثَلاثٌ
مَا اَكَلَ فَأَفْنَى أَوْلَبِسَ فَابَّلَى أَْو أَعْطَى وَمَاسِوَى
ذَلِكَ فَهُوَ ذَاهِبٌ وَتَارِكُهُ لِلنَّاسِ

Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah s.a.w. bersabda : Seseorang manusia mengatakan :
"Hartaku, hartaku!. Yang menjadi kepunyaannya daripada harta itu hanya tiga
Apa yang dimakannya, telah dihabiskannya dan apa yang dipakainya,
telah menjadi usang atau dinafkahkan (untuk kebaikan), telah disimpannya
(untuk hari kemudian) Selain dari itu akan lenyap dan tinggal untuk orang lain.
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab menyukai kehidupan dunia
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صلعم
قَلْبُ الشَّيْخِ شَاتٌ عَلَى حُبِّ اثْنَتَيْنِ طُوْلُ الَّحَيَاةِ وَحُبُّ الْمَالِ
Dari Abu Hurairah ra katanya
Rasulullah saw bersabda : "Hai orang tua masih muda mencintai dua hal :
Panjang umur dan harta"
Hadis sahih riwayat Muslim



Bab kaya jiwa
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صلعم
لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةَ الْعَرَضِ وَكلِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
Dari Abu Hurairah ra katanya
Rasulullah saw bersabda : "Kaya itu bukan kerana banyak harta
melainkan kaya (yang sebenarnya) ialah kaya hati (cukup yang ada)
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab ketamakan manusia dengan harta
 عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صلعم
لَوْ كانَ لابْنِ ادَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالِ لابْتَغَى
ثَالِثًا وَلا يَمْلا حَوفَ ابْنِ ادَمَ اِلا التَّراَبُ
 وَيَتُوبُ الله عَلَى مَنْ تَابَ
Dari Anas ra berkata : Rasulullah saw bersabda :
"Kalau anak Adam (manusia) telah mempunyai harta sepenuh dua lembah
nescaya dia masih mencari lembah yang ketiga
Tiada yang memenuhi perut anak adam selain tanah
Allah menerima taubat sesiapa yang bertaubat"
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab hidup sederhana
عَنْ عَبْدِالرَّحْمنِ الْحُبُلِى يَقُولُ سَمِعْتُ
عَبْدَاللهِ بْنَ عَمْرِو بْنَ الْعَاصِ وَسَأَلَهُ رَجُلٌ
فَقَالَ أَلَسْنَا مِنْ فُقَرَاءِ الْمُهَاجِرِيْنَ فَقَالَ لَهُ عَبْدُاللهِ
أَلَكَ امْرَاَةٌ تَأوِى إِلَيْهَا قَالَ نَعَمْ قَالَ أَلَكَ مَسْكَنٌ
تَسْكُنُهُ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَأَنْتَ مِنَ الأغْنِيَاءِ
قَالَ فَإِنَّ لِى خَادِمًا قَالَ فَأَنْتَ مِنَ الْمُلُوكِ
Dari Abdurrahman al Hubaliy r.a. katanya :
"Saya mendengar Abdullah bin Amru bin 'Ash ketika seorang lelaki
menanyakan kepadanya: "Bukankah kami termasuk orang-orang Muhajirin
yang miskin?" Abdullah berkata kepada orang itu:
"Adakah engkau mempunyai isteri yang sekediaman denganmu?"
Dia menjawab : "Ada!" Abdullah bertanya :
"Adakah engkau mempunyai kediaman yang engkau diami?"
Dia menjawab : "Ada!" Abdullah berkata :
"Kalau begitu engkau termasuk orang-orang kaya!"
Dia berkata lagi : "Saya mempunyai seorang khadam."
Abdullah berkata : "Kalau begitu, engkau termasuk raja-raja."
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab menolong janda dan orang miskin
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اَلسَّا عِى عَلَى الأرْمَلَةِ وَالْمِسْكِيْنِ لا لْمُجَاهِدِ فِى سَبِيْلِ اللهِ
Dari Abu Hurairah r.a. bersabda :
"Orang yang berusaha membantu perempuan janda dan orang miskin
sama dengan orang yang berjuang pada jalan Allah
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab mengurus anak yatim
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
كافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِى الْجَنَّةِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Orang yang mengurus anak yatim kerabatnya atau bukan kerabatnya,
aku dengan orang itu seperti dua ini dalam syurga (telunjuk dan jari malang)
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab bersederhana dalam makan minum
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَللهُمَّ اجْعَلْ رِزْقَ الِ مُحَمَّدٍ قُوْتًا
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. berdoa : "Ya Allah ! berikanlah rezeki keluarga Muhammad
makanan sekadar mengenyangkan"
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab mensyukuri nikmat kehidupan yang ada
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِذَا نَظَرَا أَحَدُكُم إِلَى مَنْ فُضِّلُ عَلَيْهِ
فِى الْمَالِ وَالْخَلْقِ فَلْيَنْظُرْ اِلَى
مَنْ هَوَأسْفَلَ مِنْهُ مِمَّنْ فُضِّلُ عَلَيْهِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila kamu memerhatikan orang yang lebih daripadanya,
tentang kekayaan dan tubuh, maka hendaklah ia memerhatikan
orang yang kurang daripadanya, disamping orang yang lebih daripadanya."
Hadis sahih riwayat Muslim



Bab mensyukuri nikmat yang ada
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اُنْظُرُوا إِلَى مِنْ أَسَّفَلَ مِنْكُمْ
وَلا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ
فَهُوَ أَجْدَرُأَنْ لا تَزْدَارُوا نِعْمَةَ اللهِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Perhatikanlah orang yang kurang daripada kamu
dan jangan hanya kamu perhatikan orang yang lebih daripada kamu
kerana dengan itu wajarlah kerana kamu tidak memandang sepi
nikmat Allah kepada kamu."
Hadis sahih riwayat Muslim

 عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ
 سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم یَقُوْلُ:
إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ
لا یَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرمِنَ النَّاسِ
فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ
 وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ
 وَقَعَ فِي الحَرَامِ كَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ
أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى
، أَلاَ وَإِ نحِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ
وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَد الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
. رواه البخاري ومسلم
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,
 dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.
 Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram,
 umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,
dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
 Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
 Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik
maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak,  maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis sahih riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim