Assalammualaikum,

Blog ini menyediakan himpunanan hadis Rasullulah SAW yang pelbagai untuk rujukkan umat islam.Sesiapa yang ingin mencari rujukkan hadis - hadis Rasullullah SAW , anda telah menemui blog yang berkenaan . Sesungguhnya seseorang muslim yang beriman itu tidak akan sesat selagi berpegang teguh kepada Al - Quran dan Sunnah ( Hadis ) Rasullullah SAW.Sesiapa yang bercanggah tentang sesuatu perkara dan hilang pedoman , kembalilah pada Al - Quran dan Hadis Rasullulah , nescaya engkau pasti selamat.Semakin dekat hari Kiamat itu , maka manusia akan semakin hilang pedoman , maka Al - Quran dan Hadis Rasullullah lah yang akan membantu.Semoga dengan terciptanya blog ini akan dapat memudahkan urusan kalian semua.Insyallah , blog ini akan sentiasa di Update dengan izin Allah SWT.



تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
عَنْ سَلْمَةَ قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ مَنْ يَقُلُ عَلَى مَا أَقُلُ فَلْيَتَبَوَّا مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Dari salmah katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan
maka menepati tempat duduknya di neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim

Al Fatihah kepada Arwah Adik Shafain bin Shaedi



Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Solat Fardhu )

Share

Bab membersih gigi sebelum solat
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ لَو لا أَنْ أَشُقُّ عَلَى المُؤْ مِنِيْنَ حَدِيثِ زُهَيْرٍ عَلَى أُمَّتِى
لأ مَرْتُهُمْ بِالسُّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاةٍ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Jikalau tidaklah akan memberatkan umatku,
nescaya ku suruh mereka membersihkan gigi tiap-tiap akan solat".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab masbuq solat
عَنِ المُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ تَخَلَّفَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
وَتَخَلَّفْتُ مَعَهُ فَلَمَّا قَضَى حَاجَتَهُ قَالَ
أَمَعَكَ مَاءٌ فَأَتَيْتُهُ بِمَطْهَرَةٍ فَغَسَلِ كَفَّيْها وَوَجْهَهُ
ثُمَّ ذَهَبَ يَحْسِرُ عَنْ ذِرَاعَيهِ فَضَاقَ
كُمُّ الْجُبَّةِ فَأَخْرَجَ يَدَهُ مِنْ تَحْتِ الْجُبَّةَ
وَأَلْقَى الجُبَّةَ عَلَى مَنْكِبَيهِ وَغَسَلَ ذِرَاعَيهِ
وَمَسَحَ بِنَا صِيَتِهِ وَعَلَى الْعِمَامَةِ وَعَلَى
خُفَّيْهِ ثُمَّ رَكِبَ وَرَكِبْتُ فَانْتَهَيْنَا اِلَى القَومِ
وَقَدْ قَامُوا فِى الصَّلاةِ يُصَلِّى بِهِمْ عَبْدُالرَّحْمَنِ
بْنُ عَوْفٍ وَقَدْ رَكَعَ بِهِمْ رَكْعَةً فَلَمَّا أَحَسَّ
بِالنَّبِى صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم ذَهَبَ يَتَأَخَّرُ
فَأَوْ مَا اِلَيهِ فَصَلَّى بِهِمْ فَلَمَّا سَلّمِ قَامَ النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ وَقَمْتُ فَرَكَعْنَا
الرَّكْعَةَ الَّتِى سَبَقَتْنَا
Dari Mughirah b Su'bah dari bapanya : "Bahawa beliau meletakkan
jubah itu dibahunya serta menyapu serbannya dengan air.
Kemudian Nabi s.a.w. naik ke atas kenderaannya dan akupun
naik pula. Setelah kami sampai rombongan kami yang telah
berjalan-jalan lebih dahulu, kami mendapati mereka itu sedang
sembahyang yang diimami oleh Abduurrahman bin 'Auf  pada
ketika itu telah sembahyang satu rakaat, dan takala Abdurrahman
mengetahui kedatangan Rasulullah s.a.w. , ia pun mundur ke belakang
dan Nabi s.a.w. memberi isyarat kepadanya supaya ia tetap
menjadi imam. Setelah imam itu memberi salam, kami menambah
satu rakaat yang ketinggalan".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab ragu kentut dalam solat
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ شُكِىَ اِلَى النَّبِىِّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ يُخَيَّلُ اِلَيْهِ
أَنَّهُ يَجِدُ الشَّئَ فِى الصَّلاةِ قَالَ لا يَنْصَرِفُ
حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتَا أَوْ يَجِدَ رِيْحًا
Dari Abbad bin Tamim dari pamannya, katanya : "Diberitahukan kepada
Nabi s.a.w. bahawasanya seseorang ragu-ragu sedang sembahyang,
apakah ia keluar angin atau tidak? Rasulullah s.a.w. menjelaskan :
"Jangan ia menghentikan sembahyangnya kecuali apabila didengarnya
suara atau tercium bau".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab mengangkat takbir
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسقلَّمَ
اِذَا قَامَ لِلصَّلاةِ رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى تَكُونَا حَذْ
وَمَنْكِبَيْهِ ثُمَّ كَبَرَّ فَاِذَا أَرَادَ أَنْ يَركَعَ فَعَلَ
مِثْلَ ذَلِكَ وَلا يَفْعَلُهُ حِيْنَ يَرفَعُ رَأْسَهُ مِنَ السُّجُودِ
Dari Ibnu Umar ra. katanya :
Bahawasanya Rasulullah s.a.w. apabila memulai sembahyang
diangkat dua tangannya sejajar dengan dua bahunya, kemudian
takbiratulihram ia, demikian juga ketika akan ruku' dan bangkit
dari ruku'. Dan tidaklah ia mengangkat tangan ketika berdiri
dari sujud".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab membaca Fatihah dalam solat
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَخْبَرَهُ
أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
قَالَ لا صَلاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِأُمُّ الْقُرْآنِ
Dari "Ubaidah bin Shamit katanya : "Bahawasanya Rasulullah s.a.w.
berkata : "Tidak ada sembahyang seseorang tanpa membaca
Fatihah".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab tiada bismillah dalam solat
عَنْ أَنَسٍ قَالَ صَلَّيْتُ مَعَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
وَأَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ فَلَمْ أَسْمَعْ
أَحَدًا مِنْهُمْ يَقْرَأُ بِسمِ اللهِ الرَّ حْمنِ الرَّ حِيْمِ
Dari Annas r.a. katanya : "Saya mengalami solat bersama-sama
Rasulullah s.a.w. , Abu Bakar, "Umar dan Usman, maka tidak pernah
saya mendengar salah satu dari beliau-beliau itu yang membaca
Bismillah".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab tidak perlu baca surah dalam solat jamaah
عَنْ عِمْرِ أَنَ بْنِ حُصَيْنٍ أَنَّ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ صَلَّى الظُّهْرَ
فَجَعَلَ رَجُلٌ يَقْرَأُ خَلْفَهُ بِسَبِّحِ اسْمَ رَبَّكَ الأَ
عَلَى فَلَمَّا اَنْصَرَفَ قَالَ أَيُّكُمْ قَرَأَ أَوْ أَيُّكُمُ
الْقَارِئَ فَقَالَ رَجُلٌ أَنَا فَقَالَ
قَدْ ظَنَنْتُ أَنَّ بَعْضَكُمْ خَالَجَنِيهَا
Dari Imran bin Hussain r.a. katanya : "Ketika Nabi s.a.w.
solat zuhur , kedengaran seorang ma'mum membaca di belakang
beliau surat "Sabbihisma rabbikal A'la. Setelah selesai sembahyang
beliau bertanya : "Siapakah diantaramu yang ku dengar membaca tadi?"
Kata lelaki itu : "Saya tuan", Maka kata Rasulullah s.a.w. :
"Saya kira diantara ma'mum yang telah membimbangkan saya dengan
bacaannya".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab bacaan bangkit ruku' solat berjamaah
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَن رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَالَ الاِمَامُ
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِيدَهُ فَقُولُوا اللهُمَّ رَبَّنَا
لَكَ الْحَمْدُ فَاِنَّهُ مَنْ وَافَقَ قَوْلُهُ قَوْلَ
المَلائكَةِ غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Sabda Rasulullah s,a,w, :
"Apabila imam membaca :
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِيدَه Maka katakanlah :اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْد
kerana barang siapa yang serentak ucapannya dengan
ucapan malaikat nescaya Tuhan akan mengampuni
dosa-dosanya yang telah lalu".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab cara menegur imam
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ التَّسْبِيحُ لِلرِّجَالِ
وَالتَّصْفِيقُ لِلنَّسِاءِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Membaca Subhanallah untuk lelaki dan bertepuk tangan
untuk perempuan".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab sembahyang dengan tertib dan kusyu'
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ قَالَ هَلْ تَرَوْنَ
قِبْلَتِى ههُنَا فَوَ اللهِ مَا يَخْفَى عَلَى رُكُو
عُكُم وَلا سُجُودُكُم اِنِّى لأَ رَاكُمْ
وَرَاءَ ظَهْرِى
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Adakah kemu perhatikan kemana qiblatmu? "Demi Tuhan
tidak terlepas dari penglihatanku cara-caramu ruku' dan sujud.
Sesungguhnya aku dapat melihat kamu yang dibelakangku'.
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab larangan mendahului imam
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ مُحَمَّدٌ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اما يخشى
اَلَّذِى يَرفَعُ رَأْسَهُ قَبْلَ الاِمَامِ
أَنْ يُحَوِّلَ اللهُ رَأْسَهُ رَأَسَ حِمَارٍ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Bersabda Muhammad s.a.w. :
"Tiadakah takut orang yang mendahului imam mengangkat
kepala sebelum imam, bahawa Allah akan mengubah
kepalanya menjadi kepala keledai?"
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab saf dalam sembahyang berjemaah
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ
رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا
وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sebaik-baik saf lelaki ialah yang terdepan dan yang seburuk-buruk
ialah saf yang terbelakang; sebaliknya sebaik-baik saf wanita ialah
yang terbelakang dan yang seburuk-buruk  yang terdepan
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab tiada larangan wanita berjamaah ke masjid
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ سَمِعْتُ
رَسًولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ لاَ تَمْنَعُوا نِسَاءَ كُمُ الْمَسَاجِدَ
اِذَا اسْتَأْذَنَّكُم اِلَيْهَا
Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya : "Saya dengan akan
sabda Rasulullah s.a.w. katanya : "Janganlah kamu larang wanita
berjamaah ke masjid jika mereka minta izin lebih dahulu kepadamu".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab larangan memakai wangian ke masjid
عَنْ زَيْنَبَ آمْرَأَةِ عَبْدِاللهِ قَالَتْ قَالَ
لَنَا رَسًولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
اِذَا شَهِدَتْ إِحْدَاكُنَّ الْمَسْجِدَ فَلاَ تَمَسَّ طِيبًا
Dari Zainab isteri Abdullah katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Kalau wanita hendak ke masjid , maka janganlah memakai
harum-haruman".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab ayat pilihan Rasulullah s.a..w.
عَنْ عَمْرٍو بْنِ حُرَيْثُ أَنَّهُ سَمِعَ
النَّبِى اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
يَقْرَأُ فِى الْفَجْرِ وَالَّيْلِ اِذَا عَسْعَسَ
Dari Amr bin hurais katanya : "Saya mendengar Nabi s.a.w.
membaca surah 
وَالَّيْلِ اِذَا عَسْعَسَpada sembahyang subuh
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab ayat bacaan solat subuh
عَنْ عَبْدااللهِ بْنِ السَائِبِ قَالَ صَلَّى لَنَا النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصُّبْحَ بِمَكَّةَ فَاسْتَفْتَحَ
سُورَةَ الْمُؤْمِنِينَ حَتَّى جَاءَ ذِكْرُمُوسَ وَهرُونَ
أَوْذِكْرُ عِيسَى أَخَذَتِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيهِ
وَسَلَّمَ سَعْلَةٌ فَرَكَعَ وَعَبْدُاللهِ ابْنُ السَّائِبِ
حَاضِرٌ ذلِكَ
Dari Abdullah b Saib katanya : "Nabi s.a.w. menunaikan solat
subuh bersama-sama kami di Makkah, maka dimulainya dengan
membaca surah Al Mu'minin dan ketika sampai bacaan pada
ayat yang menyebutkan Nabi Musa dan Nabi Harun a.s. atau
tentang nabi isa a.s. beliau batuk lalu ruku' sedang Abdullah bin
Said ketika itu hadir".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab surah pilihan Nabi s.a.w.
عَنْ عَمْرِوِ بْنِ حُرَيْثٍ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِى
الْفَجْرِ وَاللَّيلِ إِذَا عَسْعَسَ
Dari Amr bin Huraith katanya : "Saya mendengar Nabi s.a.w.
membaca surah 
 وَاللَّيلِ إِذَا عَسْعَسَ pada solat subuh
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab surah pilihan Nabi s.a.w.
عَنْ قُطْبَةَ بْنِ مَالِكٍ قَالَ صَلَّيتُ وَصَلَّى
بِنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَرَأَق
Dari Qutbah bin Malik katanya : "Solat kami bersama-sama
Rasulullah s.a.w. dan beliau membaca surat Qaf".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab bilangan ayat dalam solat
عَنْ أَبِى بَرْزَةَ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْرَأُ فِى صَلاةِ الْغَدَاةِ
مِنَ السِّتِّينَ اِلَى الْمَائَةِ
Dari Abu Barzakh katanya : "Bahawasanya Rasulullah s.a.w.
membaca pada solat subuh sebanyak 60 ayat sampai 100 ayat
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab surah pilihan Rasulullah s.a.w.
عَنِ اَبْنِ عَبَّاسٍ قَالَ أِنَّ أَنَّ الفَضْلِ بِنْتَ
الحَارِثِ سَمِعْتْهُ وَهُوَ يَقْرَأُ وَالْمُرسَلاتِ
عُرْفَا فَقَالَتْ يَابُنَىَّ لَقَدْذَكُّرْتَنِى بِقِرَاءَ
تِكَ هذِهِ السُّورَةَ إِنَّهَا لأخِرُمَا سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقْرَأَبِهَا فِى المَغْرِبِ
Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya : "Bahawasanya Ummi Al Fadhi
binti Harith mendengar anaknya membaca surat
وَالْمُرسَلاتِ  عُرْفَاlalu ia berkata : Hai anakku ! engkau mengingatikan aku akan
bacaan Rasulullah s.a.w. ketika beliau membaca surat ini,
iaitu surat yang terakhir ku dengar dari beliau yang dibacanya
dalam solat maghrib".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab ringankan bacaan imam
عَنْ أَبِى هُرَيرَةَ أَنَّ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ إِذَا أَنَّ أَحَدُكُمُ النَّاسَ فَليُخَفَّفُ فَاِنَّ فِيهِمُ الصَّغِيرَ
وَالْكَبِيرَ وَالضَّعِيفَ وَالْمَرِيضَ فَاِذَا صَلَّى وَحْدَهُ
فَلْيُصَلِّ كَيفَ شَاءَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila salah
seorang dari kamu jadi imam sembahyang, hendaklah ia mempersingkatkan
bacaan, kerana ada diantara ma'mum anak kecil, orang tua, orang lemah,
dan apabila ia sembahyang maka sembahyanglah sekehendaknya!".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab memendekkan bacaan solat
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّى لأَ دْخُلُ
الصَّلاةَ أُرِيدُ إِطَالَتَهَا فَأَسْمَعُ بُكَاءَ
الصَّبِىِّ فَأُخَفِّفُ مِنْ شِدَةِ وَجْدِ أُنِّهِ بِهِ
Dari Anas bin Malik katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Ketika aku memulai solat, maksudku akan memanjankannya
tetapi oleh kerana mendengar tangisan anak kecil terpaksa
aku singkatkan kerana mengenang kegelisahan ibunya".
Hadis sahih riwatat Muslim
Bab kelebihan solat berjamaah
عَنِ ابْنِ عُمَرَ اَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ صَلاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاةُ الْفَذِّ بِسَبْعٍ
وَعِشْرِيْنَ دَرَجَةً
Dari Ibnu Umar r.a. katanya
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
Solat berjamaah lebih baik daripada solat sendirian dua puluh tujuh darjat
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab pentingnya solat isya' dan subuh jamaah
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صلعم
اِنَّ أَثْقَلَ صَلاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِيْنَ الْصَلاةُ الْعِشَاءِ وَاصَلاةُ الفَجْر
 وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لأ تَوْهُمَا
 وَلَوْ حَبْوًا وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَن آمُرَ بِالصَّلاةِ فَتُقَامَ
ثُمَّ آمُرَ رَجُلا فَيُصَلِّى بِالنَّاسِ
ثُمَّ أَنْطَلِقَ مَعِى بِرِجَالٍ مَعَهُمْ حُزَمٌ مِنْ حَطَبٍ اِلَى قَومٍ
لا يَشْهَدُونَ الصَّلاةَ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُو تَهُمْ بِالنَّارِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesunggunhya solat yang terberat bagi orang munafiq ialah solat Isya' dan Subuh
sekiranya mereka tahu akan besarnya pahala yang ada pada kedua solat tersebut
nescaya mereka itu akan mendatanginya untuk berjamaah walaupun merangkak
Sesungguhnya hampir aku perintahkan kepada orang lain untuk mengimamkan solat,
sedangkan aku sendiri pergi menuju ke tempat orang-orang yang tidak turut solat berjamaah
lalu membakar rumah mereka dengan api
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab melewatkan solat Isya'
عَنْ أَبِى بَرزَةَ الأَ سْلَمِى يَقُولُ كَانَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يؤَخِرُ العِشَاءَ إِلَى ثُلُثِ الَّيْلِ
وَيَكْرَهْ الْنَومَ قَبْلَهَا وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا
وَكَانَ يَقْرَأُ فِى صَلاةِ الْفَجْرِ مِنَ الْمِائَةِ إِلَى الْسِّتِّينَ
وَكَانَ يَنْصَرِفُ حِينَ يَعْرِفُ بَعْضُنَا وَجْهَ بَعْضٍ
Dari Abu Barzah Al Salami katanya
Rasulullah sa.w. melambatkan solat Isya' sampai lewat sepertiga malam
dan beliau membenci tidur sebelumnya, dan membenci berkata-kata sesudahnya
beliau membaca ayat dalam solat subuh antara enam puluh ayat dan seratus
dan beliau bubar dari solat ketika satu sama lain telah dapat kenal muka masing-masing
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab solat menghapuskan dosa
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
 أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الصَّلاةُ الْخَنْسُ وَالْجُمْعَةُ اِلَى الْجُمْعَةِ
كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَا لَمْ تُفْشَ الْكَبَائِرُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat
menghapuskan dosa-dosa yang diperbuat diantaranya
selagi tidak dikerjakan dosa-dosa besar."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab menegur imam solat
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة يَقُولُ
 قَلَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
التَّسْبِيحُ لِلرِّجَالِ وَالتَّصْفِيقُ لِلنَّسِاءِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Membaca Subhanallah untuk lelaki, bertepuk tangan untuk wanita"
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab menentukan qiblat solat
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة
 أَنَّ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ هَلْ تَرَوْنَ قِبْلَتِى ههُنَا فَوَاللهِ مَا يَخْفَى عَلَىَّ رُكُوْعُكُمْ
وَلا سُجُودُ كُمْ اِنِّى لا رَاكُمْ وَرَاءَ ظَهْرِى
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Adakah kamu perhatikan kemana qiblatmu ?"
Demi Tuhan, tidak terlepas dari pengelihatanku cara-caramu ruku'
dan sujud. Sesungguhnya aku dapat melihat kamu yang dibelakangku"
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab jangan mendahului imam
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة
 قَلَ قَالَ مُحَمَّد الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
 أَمَا يَخْشَى الَّذِى يَرْفَعُ رَأْسَهُ قَبْلَ الإمَامِ
أَنْ يُحَوِّلَ الله رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Muhammad s.a.w. :
"Tidakkah takut orang yang mendahului imam mengangkatkan
kepala sebelum imam, bahawa Allah akan mengubah kepalanya
menjadi kepala keldai?"
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab meluruskan saf
عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ يَقُولُ كَـانَ
رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يُسَوِّى صُفُو فَنَا حَتَّى كَـأَنَّمَا يُسَوِّى بِهَا القِدَاحَ
حَتَّى رَأَى أَنَّا قَدْ عَقَلْنَا عَنْهُ ثُمَّ خَرَجَ يَوْمًا فَقَامَ
حَتَّى كَـادَ يُكَبِّرُ فَرَأَى رَجُلا بَادِيًا صَدْرَهُ مِنْ الصَّفِّ
فَقَالَ عِبَادَ اللهِ لَتُسَوُّنَّ صُفُو فَلُمْ
أَوْ لِيُخَا لِفَنَّ اللهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ
Dari Nu'man bin Basir r.a. katanya :
"Adakalanya Rasulullah s.a.w. meluruskan saf-saf kami seakan-akan
meluruskan rautan anak panah sehingga terlihat oleh beliau,
benar-benar telah lurus. Pada suatu hari ketika beliau hampir
mengangkat takbir terlihat olehnya seorang muncul dadanya dari saf,
maka beliau (Nabi s.a.w.) berkata :
"Luruskan saf-saf kamu, kalau tidak nescaya Tuhan akan
mencerai beraikan hati kamu!"
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab kelebihan azan dan saf pertama
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة
 أَنَّ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِى النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأوَّلِ
ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاسْتَهَمُوا
وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِى التَّهْجِيرِ لاسْتَبَقُوا اِلَيْهِ
وَلَو يَعْلَمُونَ مَا فِى الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لأتَوْهُمَا وَلَو حَبْوًا
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Kalau orang Islam tahu keutamaan azan dan saf yang pertama,
kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan undian
nescaya mereka pergi mengambil undian,
dan kalau mereka tahu keutamaan bersegera pergi untuk hadir
jamaah Zuhur, nescaya mereka berlumba-berlumba untuk mendapatkannya
daan kalau mereka tahu kebaikan berjamaah pada sembahyang
Isya' dan subuh nescaya mereka menghadirinya meskipun merangkak.
Hadis sahih riwayat Muslim
 عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ كَعْبٍ الا سْلَمِتُى
قَالَ كَنْتُ أَبِيتُ مَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
فَأَتَيتُهُ بِوُضُوئِهِ وِحَاجَتِهِ فَقَالَ لِى سَلْ
فَقُلْتُ أَسْأَلُكَ مُرَافَقَتَكَ فِى الْجَنَّةِ
قَالَ أَوْ غَيْرَ ذلِكَ قُلْتُ هُوَذاكَ
قَالَ فَأَعِنِّى عَلَى نَفْسِكَ بِكَثَرَةِ السُّجًودِ
Dari Rabiah bin Kaab katanya :
Ketika saya bermalam dengan Rasulullah s.a.w. saya bawa air
kepada beliau untuk berwudhu' dan hajat yang lain,
waktu itu beliau berkata :
Ajukanlah permintaanmu kepadaku
Saya berkata : "Saya meminta supaya menemani tuan dalam syurga:
Lalu beliau menjawab : "Atau yang lain?"
Saya jawab : "Itu sajalah" . Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :
"Jika demikian tolonglah aku untuk dirimu sendiri
dengan membanyakkan sujud".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab anggota sujud
عَنِ اَبْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ أًمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ
الْجَبْهَةِ وَأَشَارَىيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرِّحْلَيْنِ
وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ وَلا نَكْفِتَ الثِّيَابَ وَلا الشَّعْرَ
Dari Ibnu Abbas , katanya :
"Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Saya diperintahkan supaya sujud dengan tujuh anggota
iaitu dahi, sambil menunjukkan ke hidungnya, dua tangan
dua kaki dan hujung dua telapak kaki.
Dan kami dilarang melapisi dahi dengan pakaian yang dipakai
atau dengan rambut yang terurai
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab dilarang lalu dihadapan orang solat
عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِى أَنَّ رَسُولُ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ يُصَلِّى فَلا يَدَعْ أَحَدًا
يَمُرَّبَيْنَ يَدَيْ وَلْيَدْرَأْهُ مَا اسْتَطَاعَ فَاِنْ أَبَى
فَلْيُقَاتِلْهُ فَاِنَّمَا هُوَا شَيْطَانٌ
Dari Abu Said Al Qudri, katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Kalau salah seorang daripada kamu sedang sembahyang
maka jangan biarkan orang lalu dihadapannya.
Jika ada yang lewat (lalu), hendaklah dicegah sedapat mungkin
Dan kalau orang itu enggan pukullah ia kerana
orang itu sama dengan syaitan
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab sujud sahwi
عَنْ عَبْدِالله بْنِ بُحَيْنَةَ الأَ سْدِىِّ
خَلِيفِ بَنِى عَبْدالْمُطَلِبِ
أَنَّ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَامَ فِى صَلاةِ الظُّهْرِ وَعَلَيْهِ جُلُوسٌ
فَلَمَّا أَتَمَّ صَلاتَهُ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ يُكَبِّرُ
فِى كُلِّ سَجْدَةٍ وَهُوَ جَالِسٌ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّنَ
وَسَجَدَ هُنَا النَّاسُ نَعَهُ مَكانَ
مَانَسِىَ مِنَ الْجُلُوسِ
Dari Abdullah bin Buhainan, katanya :
"Pernah Rasulullah s.a.w. dalam sembahyang zuhur bangun dan
lupakan tahiyat awal, Setelah selesai, beliau sujud dua kali
sebelum salam; dan pada masing-masing sujud itu mengucapkan
takbir sambil duduk, dan makmum pun sujud bersamanya;
dan sujud itu sebaai pengganti dari tahiyat yang kelupaan tadi.
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab tidak mengqadhakan sembahayang
عَنْ مُعَاذَ قَالَتْ سَأَلْتُ عَائِشَةَ فَقُلْتُ مَا بَالُ
الْحَائِضِ تَقْضِى الصَّوْمَ وَلا تَقْضِى الصَّلاةَ
فَقَالَتْ أَحَرًورِيَّةٌ أَنْتِ قَلْتُ لَسْتُ بِحَرُورِيَّةٍ
وَلـكِنِّى أَسْأَلُ قَالَتْ كَـانَ يُصِيبُنَا ذَلِـكَ فَنُؤمَرُ
بِقَضَاءِ الصَّوْمِ وَلا نُؤمَرُ بِقَضَاءِ الصَّلاةِ
Dari Mu'azah r.a. katanya :
Ku tanya Aisyah :
"Mengapa wanita haid diperintahkan mengqadhakan puasa
dan tidak diperintahkan mengqadhakan sembahyang?"
Jawab Aisyah : "Apakah engkau memakai faham Harury?"
Jawabku : "Aku bukan haruriah, tetapi aku hanya bertanya."
Kata Aisyah lagi " Dahulu pada zaman Nabi, kami juga
haid maka kami diperintahkan mengqadhakan sembahyang
dan tidak diperintahkan mengqadhakan sembahyang"
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab ragu-ragu dalam sembahyang
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ شُكِىَ اِلَى
النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
الرَّجُلُ يُخَيَّلُ اِلَيْهِ أَنَّهُ يَجِدُ الشَّىْءَ
فِى الصَّلاةِ قَالَ لا يَنْصَرِفُ
حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتَا أَوْ يَجِدَ رِيْحًا
Dari Abbad bin Tamin dari pamannya, katanya :
"Diberitahukan kepada Nabi s.a.w. bahawasanya seseorang ragu
sedang sembahyang, apakah ia keluar angin atau tidak?
Rasulullah s.a.w. menjelaskan :
"Jangan ia menghentikan sembahyangnya kecuali
apabila didengarnya suara (bunyi) atau tercium bau."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab dosa mencuaikan Solat 'Asar
عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ الَّذِى تَفُوتُهُ الْعَصْرِ كَـأَنَّمَا وُتِرَ أَهْلَهُ وَمَالَهُ
Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Orang yang meninggalkan sembahyang 'Azar ,
(dosanya) seoalah-olah ia membasmi keluarganya dan hartanya"
Hadis sahih riwayat Muslim
عَنْ أبِى هُرَيْرَةَ أَنٍَِّ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ يَتَعَاقَبُونَ فِيلُمْ مَلائِكَةٌ بِا للَّيْلِ وَمَلائِكَةٌ بِالنَّهَارِ
وَيَجْتَمِعُونَ فِى صَلاةِ الفَجْرِ وَصَلاةِ الْعَصْرِ
ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيْلُمْ فَيَسْأَلُهُمْ رَبُّهُمْ
وَهُوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِى فَيَقُولُونَ
تَرَكْنَا هُم وَهُمْ يُصَلُّونَ وَأَتَيْنَا هُم وَهُمْ يُصَلًّونَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya:
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
Malaikat malam dan malaikat siang sentiasa bergilir-gilir mendatangi kamu
dan mereka itu berkumpul pada waktu sembahyang subuh dan 'Asar
kemudian naiklah yang menginap pada kamu, lalu Allah bertanya
dan Dia sebenarnya memang mengetahui :
Bagaimanakah keadaan hamba-hambaKu  sepeninggalan kamu?"
Jawab malaikat-malaikat itu; Kami tinggalkan mereka
dalam sembahyang, dan kami datangi mereka sedang sembahyang pula".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab solat membezakan mu'min dan munafiq
عَنْ عَبْدِاللهِ قَالَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَلْقَى اللهَ غَدًا مُسْلِمًا
فَلْيُحَافِظْ عَلَى هؤُلاءِ الصَّلَوَاتِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ
فَاِنَّ اللهَ شَرَعَ لِنَبِيِّكُمْ صلى الله
سُنَنِ الْهُدَى وَلَو أَنَّكُمْ صَلَيْتُمْ فِى بُيُوتِكُم كَمَا يُصَلِّى
هذَا الْمُتْخَلِّفُ فِى بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ
وَلَو تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ لَضَلَلْتُمْ وَمَا مِنْ رَجُلٍ يَتَطَهَّرُ
فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ
ثُمَّ يَعْمِدُ اِلَى مَسَاجِدٍ مِنْ هذِهِ الْمَسَاجِدِ إلا كَتَبَ
اللهُ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ يَخْطُو هَا حَسَنَةً وَيَرْ فَعُهُ بِهَا دَرَجَةْ
وَيَحُطُّ عَنْهُ بِهَا سَيْئَةْ وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْهَا
إِلا مُنَافِقٌ مَعْلُومُ النِّفَاقِ وَلَقَدْ كَـانَ الرَّجُلُ يُؤتَى بِهِ
يُهَادَى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّى يُقَامَ فِى الصَّفِّ
Dari Abdullah r.a. katanya :
"Barang siapa yang ingin berjumpa dengan Allah Taala
dengan gembira dan sejahtera, hendaklah ia rajin datang
sembahyang berjemaah lima waktu tiap-tiap didengarnya azan.
Sesungguhnya Allah telah memberikan jalan petunjuk kepada
Nabimu , dan berjamaah pada sembahyang lima waktu itu,
adalah sebagian dari petunjuk. Jika kamu sembahyang dirumahmu
masing-masing seperti diperbuat sipulan yang tidak datang ini
bererti kamu telah meninggalkan petunjuk Nabimu, dan jika
meninggalkan petunjuk Nabimu, nescaya kamu tersesat.
Tiap-tiap sesorang yang mengambil wudhu dengan sempurna
kemudian pergi ke salah satu masjid, maka Allah akan menuliskan
baginya untuk tiap-tiap langkah satu kebajikan dan meninggikannya
satu derjat pula dihapuskanNya satu kejahatan.
Sesungguhnya kami masih ingat (pada zaman nabi)
bahawa tidak ada orang yang meninggalkan berjamaah,
kecuali orang yang telah terkenal munafiq, bahkan ada orang
yang dibawa ke masjid sambil di apit dua orang lelaki,
lalu ditegakkan dalam saf ma'mum
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab sujud tilawah
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ رُبَّمَا قَرَأَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
الْقُرْآنَ فَيَمُرُّ بِالسَّجْدَةِ فَيَسْجُدُ بِنَا حَتَّى اَزْدَ حَمْنَا عِنْدَهُ
حَتَّى مَا يَجِدُ أَحَدُ نَا مَكَـا نًا لِيَسْجُدَ فِى غَيْرِ صَلاةٍ
Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya :
Pernah Rasulullah s.a.w. membaca Quran melewati ayat yang
menyebut sujud, lalu beliau sujud dengan kami, sehingga kami
kami terdesak-desak sekitar beliau, sampai ada di antara kami
yang tidak mendapat tempat lagi untuk sujud itu. Kata Abdullah
"Dan sujud ini bukan di dalam sembahyang."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab enggan sujud
عَنْ عَبْدِ اللهِ عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَنَّهُ قَرَأَ وَالنَّجْمِ فَسَجَدَ مَنْ كَـانَ مَعَهُ غَيْرَأَنْ شَيْخًا أَخَذَ
كَـفًّا مِنْ حَصً أَوْ تُرَابٍ فَرَفَعَهُ اِلَى جَبْهَتِهِ وَقَالَ يَلْفِينِى
هَذَا قَالَ عَبْدُ اللهِ لَقَدْ رَأَيْتُهُ بَعْدَ قُتِلَ كَـافِرًا
Dari Abdullah r.a. katanya : " Bahawa Rasulullah s.a.w.
membaca surah An Najmi lalu sujud dan ma'mum pun sujud pula
kecuali seorang tua, ia mengambil segenggam kerikil atau tanah
dan diangkatnya ke dahinya sambil berkata : Cukuplah ini
Kata Abdullah, sesungguhnya kemudian beberapa lama
orang tua itu saya lihat mati terbunuh dalam kekafiran."
Hadis sahih riwayat Muslim
Surah sujud tilawah
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّهُ قَالَ سَجَدَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
فِى إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ وَاقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. sujud tilawah di surah
Insyiqaq dan 'Alaq".
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab berdoa meminta perlindungan
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يَسْتَعِيذُ فِى صَلاتِهِ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ
Dari Aishah r.a. katanya :
"Kudengar Rasulullah s.a.w. minta perlindungan
dalam sembahyang dari huruhara dajjal
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab doa selepas ruku'
عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِى قَالَ كَـانَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
اِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّلُـوعِ قَالَ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
مِلْءُ السَّمَاوَاتِ وَالارْضِ وَمِلْءُ مَا شِئْتَ مِن شَىْءٍ
بَعْدُ أَهْلَ اثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ أَحَقُّ مَا قَالَ الْعَبْدُو
وَكُـلُّنَا كَــلَ عَبْدٌ اللَّهُمَّ لا مَا نِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ
وَلا مُعْطِىَ لِمَا مَنَعْتَ وَلا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
Dari Abu Said Al Khudri katanya :
"Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila bangun daripada rukuk membaca :
"Allah mendengar sesiapa yang memujiNya, Ya Tuhan kami
untuk Mu segala pujian. Puji yang memenuhi langit dan bumi
dan memenuhi segala sesuatu yang Engkau kehendaki
Tuhan yang berhak disanjung dan diagungkan.
Itulah kata-kata tepat diucapkan oleh hamba, sekelian kami
hambaMu. Ya Allah tiada yang dapat menghambat pemberianMu
dan tidak ada pula yang dapat memeberikan sesuatu
yang Engkau larang dan tidaklah kekayaan itu dapat menolong
yang empunya kecuali dengan izinMu.
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab larangan ketika ruku' dan sujud
عَنْ عَلِىِّ بْنِ أَبِى طَالِبٍ قَالَ نَهَانِى
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَنْ أَقْرَأَ رَاكِـعًا أَوْ سَاجِدًا
Dari Ali bin Abi Talib r.a. katanya :
"Saya dilarang oleh Rasulullah s.a.w. membaca ayat
ketika ruku' dan sujud."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab Tasbih dalam ruku'
عَنْ عَائِشَةَ نَبَّأَتْهُ أَنَّ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
كَـانَ يَقُولُ فِى رُكُـوعِهِ وَسُجُودِهِ سُبُّوحٌ
قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلائِكَـةِ وَالرُّوحِ
Dari Aishah r.a. katanya :
"Bahawasanya Nabi s.a.w. membaca dalam ruku' ndan sujudnya
"Allah itu Maha Suci dari segala kekurangan dan sekutu
jauh dari segala yang tidak layak.
Ia adalah Tuhan seluruh Malaikat terutama Jibrail."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab sujud
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُـنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَىْ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
وَرِجْلاىَ فِى قِبْلَتِهِ فَاِذَا سَجَدَ غَمَزَنِى فَقَبَضْتُ رِجْلَىَّ
وَإِذَا قَامَ بَسَطْتُهَا قَالَتْ وَالْبُيُوتُ يَومَئِذٍ لَيْسَ فِيهَا مَصَابِيحُ
Dari Aishah r.a. katanya :
"Pernah saya tidur di hadapan Rasulullah s.a.w.
ketika beliau sedang sembahyang, sedang kedua-dua kakiku
dijurusan qiblat. Maka apabila hendak sujud, ditekannya aku
lalu kutarik kedua-dua kakiku dan apabila beliau bangun
kuulurkan lagi. Kata Aisahah :
"Sedang rumah-rumah pada zaman itu tidak berlampu."
Hadis sahih riwayat Muslim






1- Solat Sunat Sebelum dan Selepas Solat Zohor

Daripada Ummu Habibah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang memelihara empat rakaat sebelum solat Zohor dan empat rakaat selepasnya; Allah mengharamkannya daripada api neraka."
( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )


2- Solat Sunat Sebelum Solat Asar

Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Allah merahmati orang yang solat sunat empat rakaat sebelum solat Asar."
( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )


3- Solat Sunat Sebelum Solat Subuh

Daripada Aishah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: "Dua rakaat sebelum solat Subuh adalah lebih baik daripada dunia dan segala apa yang ada padanya."
( Riwayat Muslim )


4- Ganjaran Solat Isyak dan Subuh Berjemaah

Daripada Uthman bin Affan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang menunaikan solat Isyak berjemaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia melakukan qiamulail separuh malam. Siapa yang solat Subuh berjemaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia melakukan qiamulail sepanjang malam."
( Riwayat Muslim )


5- Kemuliaan dan Keperkasaan Mukmin

Daripada Sahl bin Saad r.a., sesungguhnya Jibril berkata kepada Nabi s.a.w.: "Kemuliaan orang Mukmin adalah qiamulail, dan keperkasaannya adalah tidak bergantung kepada orang lain."
( Riwayat al-Hakim )


6- Zikir Selepas Solat Subuh dan Solat Maghrib

Daripada al-Harith bin Muslim al-Tamimi r.a., Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: "Apabila engkau selesai menunaikan solat Subuh, maka katakanlah sebelum engkau berbual: "Ya Allah! Lindungilah daku daripada neraka" sebanyak tujuh kali. Jika engkau mati pada hari itu, Allah akan menetapkan bahawa engkau terlindung daripada neraka. Apabila engkau selesai solat Maghrib, maka katakanlah sebelum engkau berbual: "Ya Allah! Lindungi daku daripada neraka," sebanyak tujuh kali. Jika engkau mati pada malam itu, Allah akan menetapkan bahawa engkau terlindung daripada neraka."
( Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i )


7- Istighfar dan Memuji Allah Selepas Solat

Daripada Thauban r.a., beliau berkata: Apabila Rasullullah s.a.w. berpaling (memberi salam) daripada solatnya, baginda beristighfar sebanyak tiga kali dan berkata: "Ya Allah! Engkaulah Yang Maha Sejahtera, daripada Engkaulah kesejahteraan, Engkaulah Yang Maha Berbahagia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."
( Riwayat Muslim )


8- Gesaan Berdoa Selepas Solat

Daripada Muaz bin Jabal r.a., beliau berkata: Rasullullah mengambil (memegang) tanganku pada suatu hari lalu berkata: "Wahai Muaz! Demi Allah, sesungguhnya aku mengasihi engkau." Muaz berkata: "Aku sanggup menebus diri engkau dengan ayah dan ibuku wahai Rasullullah; dan demi Allah, aku juga mengasihi engkau." Maka Rasullullah berkata: "Aku berwasiat kepada kamu janganlah kamu meninggalkan pada setiap kali selesai solat untuk mengatakan: "Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu"."
( Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i )



9- Membaca Ayat Kursi Selepas Solat

Daripada Abu Umamah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang membaca ayat Kursi sesudah setiap kali solat, tidak ada yang dapat menegahnya memasuki syurga sehinggalah ia mati."
( Riwayat al-Nasa’i dan al-Tabrani )


10- Orang Yang Dikasihi Allah

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai ‘ahli’ daripada kalangan manusia. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasullullah! Siapakah mereka itu?" Baginda bersabda: "Merekalah ahli al-Quran iaitu ‘ahli’ Allah dan golongan pilihan-Nya."
Riwayat Ibn Majah )

Keterangan:- ‘ahli al-Quran’ golongan yang menghafal al-Quran, banyak membaca al-Quran dan beramal dengannya.
-’Ahli Allah’ para wali Allah dan golongan yang mendapat pilihan yang istimewa daripada Allah.
                                           (Syarah Sunan Ibn Majah)


11- Al-Quran Pemberi Syafaat

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya."
( Riwayat Muslim )


12- Manusia Terbaik

Daripada Uthman bin Affan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang terbaik daripada kalangan kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya."
( Riwayat al-Bukhari )


13- Penjagaan al-Quran

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Golongan yang sentiasa hampir dengan al-Quran adalah seperti orang yang yang menambat unta. Jika ia menambatnya, unta itu dapat dikawal. Jika ia melepaskannya, unta itu juga akan terlepas pergi."
( Riwayat al-Bukhari )
Keterangan:- Diumpamakan mempelajari al-Quran dan membacanya berterusan  dengan menambat unta yang dikhuatiri ia terlepas lari. Selagi mana, penjagaan dan pemerhatian dibuat maka ingatan tidak akan hilang. Seperti juga, unta yang ditambat tidak akan terlepas lari.
                                                        (Fath al-Bari)


14- Melagukan al-Quran

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bukanlah daripada golongan kami orang yang tidak melagukan al-Quran."
( Riwayat al-Bukhari )





1- Amalan Membawa Ke Syurga

Daripada Abu Umamah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bertakwalah kepada Tuhan kamu, tunaikanlah solat lima waktu kamu, berpuasalah pada bulan kamu (Ramadhan), tunaikanlah zakat harta kamu, dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu; nescaya kamu memasuki syurga Tuhan kamu."
( Riwayat al-Tirmizi )


Keterangan:- Dikhususkan amalan dengan perkataan ‘kamu’ agar terdapat kesesuaian antara perkataan yang berkaitan dengan balasan iaitu ’syurga tuhan kamu’ . Juga dapat dilangsungkan akad jual beli antara hamba dan Tuhannya, sebagaimana yang difirmankan Allah s.w.t. (bermaksud): "Sesungguhnya Allah membeli daripada orang mukmin akan diri mereka." (Surah al-Tawbah: 111)
                                                       (Tuhfah al-Ahwazi)


2- Amalan Pertama Dihisab

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."
( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )
Keterangan:- Dimaksudkan disini ialah hamba yang muslim dan amalan berkaitan hak Allah
-Perkara yang pertama yang dihisab pada hamba Allah yang kafir ialah iman. Sabda Rasullullah s.a.w. bermaksud: "Sesungguhnya perkara pertama seorang hamba Muslim dihisab pada hari kiamat ialah solat fardu."
- Disebut didalam hadis ini ‘hamba yang muslim’. maka terkecualilah hamba yang kafir. Perkara pertama berkaitan dengan hak manusia yang pertama dibicarakan ialah kezaliman dikalangan hamba yang melibatkan penumpahan darah. Rasullullah s.a.w. bersabda: "Perkara pertama yang dibicarakan antara manusia ialah perkara yang melibatkan darah."
                                   (Adaptsi Syarah Sunan Ibn Majah)


3- Kesan Wuduk

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )


4- Berwuduk Dan Bersiwak

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahkan umatku berwuduk pada setiap kali solat dan bersiwak pada setiap kali wuduk."
( Riwayat Ahmad )


5- Menyempurnakan  Wuduk Dan Doa Selepasnya

Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa: "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan utusan-Nya"; melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, ia boleh memasukinya melalui pintu yang ia kehendaki."
( Riwayat Muslim )


6- Solat Sunat Selepas Berwuduk

Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tidaklah seorang Muslim yang berwuduk dengan cara yang baik, lalu mendirikan solat dua rakaat, sambil melakukan kedua-dua perbuatanini dengan hati yang khusyuk dan perwatakan merendah diri; melainkan wajib baginya syurga."
( Riwayat Muslim )


7- Tempat Yang Disukai Dan Dibenci

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tempat yang paling disukai Allah ialah masjid. Tempat yang paling dibenci Allah ialah pasar."
( Riwayat Muslim )


8- Mendirikan Masjid Kerana Allah

Daripada Uthman bin Affan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mendirikan masjid kerana Allah, nescaya Allah binakan untukknya rumah di syurga."
( Riwayat Muslim )


9- Membanyakkan Masa Iktikaf Di Masjid

Daripada Abu al-Darda’ r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah ‘Azzawajalla memberi jaminan kepada orang yang menjadikan masjid seperti rumahnya  akan keamanan dan melepasi titian Sirat pada hari kiamat."
( Riwayat al-Bazzar )


10- Berjalan DiDalam Gelap Menuju Ke Masjid

Daripada Buraidah bin al-Husaib al-Aslami r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Berilah khabar gembira kepada mereka yang berjalan di dalam gelap menuju  ke masjid, dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat."
( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )


11- Berulang-alik Ke Masjid

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang keluar ke masjid pada waktu pagi atau petang Allah akan sediakan kepadanya di syurga tempat berteduh pada setiap kali ia keluar."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )


12- Kelebihan Solat Berjemaah

Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )


13- Kelebihan Doa Diantara Azan Dan Iqamat

Daripada Anas bi Malik, Nabi s.a.w. bersabda: "Doa tidak ditolak diantara waktu azan dan iqamat
( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )


14- Doa Selepas Azan

Daripada Jabir bi Abdullah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang berkata (berdoa) selepas mendengar azan: "Ya Allah, Tuhan bagi seruan (tauhid) ini yang sempurna dan solat yang didirikan; berikanlah kepada Muhammad kedudukan dan kelebihan yang tinggi, dan tempatkanlahnya ditempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan"; maka ia berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat."
( Riwayat al-Bukhari )


15- Doa Masuk Dan Keluar Masjid

Daripada Abu Humaid r.a., atau Abu Usaid r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila kamu masuk kedalam masjid maka berdoalah: ‘Ya Allah, bukakanlah untukku pintu rahmat-Mu’. Apabila ia keluar berdoalah: ‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kelebihan daripada-Mu.’"
( Riwayat Muslim )


16- Solat Tahiyatul Masjid

Daripada Abu Qatadah al-Sulami r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila kamu masuk kedalam masjid maka dirikanlah solat dua rakaat sebelum duduk."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )


17- Kedudukan Imam Dan Muazzin

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang imam adalah penjamin, dan muazzin adalah orang yang diamanahkan. Ya Allah! berilah petunjuk kepada para imam dan ampunilah orang yang melaungkan azan."
( Riwayat Abu Daud dan al-TIrmizi )

Keterangan:- ‘penjamin’ menjaga dan memelihara kesahihan soalt makmum
- ‘orang yang diamanahkan’ amanah dengan waktu-waktu solat.



18- Berterusan Mendapat Ganjaran Solat

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Seseorang hamba berterusan mendapat ganjaran solat selagi mana ia berada di tempat solatnya (menanti untuk menunaikan solat)
( Riwayat Muslim )


19- Melintasi Orang Sedang Solat

Daripada Abu Juhaim r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sekiranya seseorang yang melintasi di hadapan orang yang sedang solat mengetahui dosa yang akan menimpanya, nescaya ia berdiri  disitu selama ‘empat puluh’ adalah lebih baik daripada melintasi dihadapan orang itu."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )


Keterangan:- Abu Nadhr, salah seorang perawi hadis ini berkata: "Aku tidak mengetahui sama ada Nabi s.a.w. mengatakan: Emapat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun."
-Haram melintas dihadapan orang yang sedang solat tanpa penghadang.